Ramai yang tak tahu sebenarnya kita boleh berhutang dengan Allah. Sebagai contoh, bila dah cukup haul yakni telah berlalu satu tahun ke atas harta yang dimiliki dalam perkiraan tahun Hijrah iaitu selama 354 hari. Bagi nisab Zakat Harta termasuk Wang Simpanan, Saham dan Emas, nilaiannya adalah 20 mithqal bersamaan 85 gram emas.
Sebagai contoh, untuk kiraan zakat saya, kiraan adalah bermula 1 Ramadan setiap tahun sehingga 1 Ramadan yang akan datang. Ianya memudahkan saya untuk mengingati tempoh zakat harta saya. Untuk anda, anda boleh adjust mengikut situasi anda sendiri.
So bila dah due tarikh 1 Ramadan tu, dan nisab zakat pun dah cukup, maka dah jatuh wajib untuk kita menunaikan bahagian zakat tersebut. Maka dengan itu, kita sudah dikira berhutang dengan Allah selagi mana kita tak selesaikan bayaran zakat ni.
Alhamdulillah, lepas dah audit, harini berkesempatan untuk release payment kepada Lembaga Zakat Selangor untuk bahagian zakat tahun ini. Sebabkan kita dah plan dari awal, so takde masalah nak release payment ni.
Nak-nak pula sekarang ni ada feature simpanan bulanan dekat M2U, so lagi mudah kita nak force saving setiap bulan. Caranya adalah login ke Maybank2u dan tekan button “Create Goal+” untuk kita buat simpanan secara tetap setiap bulan. Ada 2 keadah yang boleh dibuat sama ada nak buat by monthly amount atau by duration. Macam saya suka pilih by duration, so kita cukup tarikh, maka penuhlah tabung ni, so takdelah tergaru-garu nak cari duit mana.
Kalau anda bukan pengguna Maybank anda boleh gunakan kaedah simpanan lain seperti menyimpan di Tabung Haji, ASB, dan lain-lain untuk tujuan ini. Saya lebih gemar untuk gunakan platform Maybank ini kerana ianya mudah untuk dibuat. Akan tetapi dengan feature JomPay untuk Tabung Haji dan Auto Labur untuk MyASNB, ini juga memudahkan anda untuk membuat “force saving” ini. Apa pun kaedahnya, yang penting kita buat. Kalau asyik surver kaedah tapi tak buat, maka tak ke mana.

Bab hutang ni jangan buat main, jika berlaku kematian dan hutang dengan Allah tak selesai, waris tak boleh ambil harta si mati selagi mana hutang ni tak selesai. So lebih baik kita selesaikan cepat-cepat.
sebaiknya kita tetapkan 1 ramadan sbg 1 tahun haul untuk pembayaran zakat. pahala berganda-ganda.