Wyckoff trading method

Wyckoff Trading Method

Kebanyakan trader akan mengenali Wyckoff dalam perjalanan mereka untuk memahami pasaran. Tak kira sama ada pasaran ekuiti, komoditi atau mata wang, teknik Wyckoff sangat berkesan untuk digunakan.

Walaubagaimanapun, ramai orang yang salah mentafsirkan ilmu Wyckoff trading method ini sendiri. Sebagai pengamal teknik ini selama bertahun-tahun, saya rasa terpanggil untuk menjelaskan teknik ini supaya orang awam tidak terkeliru dengan teknik Wyckoff ini.

Teknik Wyckoff trading method ini diberi nama sempena pengasasnya Richard Wyckoff (1873 –1934) yang merupakan seorang legenda dalam dunia kewangan. Daripada pengamatan beliau setelah bertahun-tahun berada dalam pasaran kewangan, beliau datang dengan satu konsep yang dikenali sebagai Wyckoff Market Cycle.

Dalam Wyckoff Market Cycle ia menerangkan sesuatu sekuriti mempunyai beberapa fasa yang dikenali sebagai accumulation, markup, distribution dan mark down. Ini telah menjadi pemahaman yang sangat biasa bagi orang awam.  Wyckoff Market Cycle ini begitu sinonim dengan trader dan ianya menjadi rujukan utama para trader di luar sana.

Walaubagaimanapun, pengajaran Wyckoff bukan sekadar berkaitan Wyckoff Market Cycle. Ianya adalah sangat penting untuk memahami Wyckoff Market Cycle sebagai asas dan Wyckoff menerangkan pergerakan naik dan turun saham secara lebih mendalam dan bukan sekadar accumulation, markup, distribution dan mark down.

Ramai juga trader di luar sana yang hanya menganggap Wyckoff Trader hanya memfokuskan kepada fasa accumulation yang banyak diterangkan oleh Wyckoff. Walaubagaimanapun, ramai yang tidak tahu sebenarnya ajaran asal Wyckoff menerangkan bagaimana untuk trade dalam fasa-fasa yang berbeza. Ini adalah sangat penting terutamanya bagi mereka yang ingin menjana keuntungan yang konsisten dalam pasaran.

Wyckoff menerangkan kemampuan sesuatu saham bergerak yang berasaskan oleh demand and supply. Demand atau permintaan yang tinggi akan menyebabkan berlaku perubahan dalam keadaan harga sesuatu saham. Begitu juga apabila berlaku oversupply, ianya mampu mengubah arah pergerakan harga sesuatu saham.

Oleh itu, adalah sangat penting bagi seorang pengamal teknik Wyckoff trading method untuk mendalami ilmu demand and supply dan seorang Wyckoff trader cuma bergantung kepada data price and volume. Teknik ini juga dikenali sebagai teknik Naked Chart Reading di mana ianya tidak menggunakan indikator mekanikal yang menurut Wyckoff selalunya gagal.

Wyckoff juga menekankan bahawa seorang trader perlu menguasai saham yang mereka dagangkan. Terdapat beberapa pihak yang mengatakan bahawa Wyckoff Trader ini berfokus kepada syarikat-syarikat penny dan spekulasi.

Ini adalah tidak benar sama sekali kerana ajaran asal Wyckoff sangat mengutamakan kepada seorang trader  perlu melakukan kajian yang menyeluruh kepada sesuatu saham atau sekuriti. Kebanyakan orang terkeliru dengan konsep “Composite Man” yang dinyatakan oleh Wyckoff dan menganggap teknik ini adalah untuk berdagang dengan cara spekulasi.

Secara kesimpulannya, ramai orang yang menggap mereka menguasai ilmu Wyckoff trading method ini tetapi sebenarnya tidak. Teknik ini adalah agak advance dan memerlukan pemahaman yang menyeluruh sebelum seseorang boleh menguasainya. Walaubagaimanapun, tidak mustahil untuk seorang trader baru untuk mendalami ilmu ini.

Terdapat ramai yang menyatakan mereka memahami Wyckoff Method. Walaubagaimanapun, dalam pencarian saya, tidak ramai sebenarnya yang dapat menguasai teknik ini kerana teknik ini agak kompleks dan perlu diajar oleh mereka yang betul.  Bagi mereka yang ingin untuk mendalami ilmu Wyckoff Trading Method yang asal di Malaysia, anda boleh menyertai kelas yang dianjurkan oleh pihak Smartsaham ™.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *