rahsia pelaburan tips pelaburan untung

Tips Pelaburan Cost Averaging

Ramai orang yang berminat untuk melabur. Walaubagaimanapun mereka sering melabur dengan cara yang salah. Ini kerana rahsia pelaburan untuk berjaya adalah terus melabur dari masa ke masa. Jom ketahui tips pelaburan Cost Averaging.

Kesilapan pelabur

Kebanyakan pelabur akan rasa gelisah melihat pergerakan harga pelaburan saham, pelaburan unit trust, pelaburan emas atau mana-mana pelaburan yang mereka ceburi. Pergerakan harga ini sepatutnya menjadi sahabat kepada setiap pelabur.

Tahukah anda kini anda boleh melabur unit trust dengan sendiri?

Ini kerana, setiap pergerakan turun dan naik harga, ia memberikan peluang yang lebih banyak kepada para pelabur. Sebagai contoh, pada harga RM 1, dengan modal RM1000 anda mampu membeli sebanyak 1000 unit saham.

Akan tetapi, apabila harga saham tersebut jatuh sekitar RM0.60, anda boleh membeli sebanyak 1666 unit saham. Ini membuktikan, apabila berlaku penurunan harga, anda boleh membeli lebih banyak unit ke dalam portfolio anda.

Tips pelaburan hartanah serendah RM100?

Malangnya, kebanyakan pelabur mula menjual pegangan mereka apabila berlaku penurunan harga. Ini disebabkan oleh mereka panik dengan penurunan harga yang berlaku. Selain itu, mereka juga tidak mempunyai minda pelabur yang betul.

Menyimpan merugikan? Betul ke?

Sebagai seorang pelabur, kita berfikir untuk melabur bagi mengembangkan portfolio kita dari masa ke masa. Kita bukannya melabur untuk keuntungan segera tetapi untuk keuntungan pada masa depan. Oleh itu, para pelabur mudah panik kerana mempunyai minda pelabur yang salah.

Tips Pelaburan Cost Averaging

Cost averaging vs one off

tips pelaburan cost averaging

Ini merupakan satu kaedah pelaburan yang terbukti sejak sekian lama. Ianya lebih dikenali sebagai Dollar Cost Averaging. Walaubagaimanapun, di Malaysia ia juga dipanggil sebagai Ringgit Cost Averaging. Apa pun namanya, konsepnya adalah tetap sama.

Dalam kaedah ini, anda akan melabur untuk satu jangka masa dengan kos yang tetap. Sebagai contoh, Ali melabur RM1,000 setiap bulan tanpa mengira harga semasa. Abu pula melakukan pelaburan RM12,000 secara one off.

Cost averaging

Kes 1

tips pelaburan 1

Dalam kajian kes ini, harga bermula pada RM1 seunit. Sepanjang masa berlaku pergerakan harga turun dan kenaikan harga. Pada Jun dan Julai, harga telah mengalami kedudukan harga paling rendah dalam tahun tersebut. Pada bulan Disember,  harga seunit telah naik kembali ke paras RM 1.

Dalam kes ini, sebanyak 13,844 unit telah berjaya dibeli sepanjang tahun. Oleh itu, nilai portfolio pada Disember adalah sebanyak RM13,844. Ini menjadikan pulangan pelaburan ini adalah sebanyak 15% daripada modal RM12,000 yang dilaburkan.

Kes 2

tips pelaburan

Dalam kajian kes ini, harga bermula pada RM1 seunit. Sepanjang masa berlaku pergerakan harga turun dan kenaikan harga. Pada bulan Jun, harga telah mengalami kedudukan harga paling rendah dalam tahun tersebut. Pada bulan Disember,  harga seunit telah naik kembali ke paras RM 1.10

Dalam kes ini, sebanyak 12,920 unit telah berjaya dibeli sepanjang tahun. Oleh itu, nilai portfolio pada Disember adalah sebanyak RM14,212. Ini menjadikan pulangan pelaburan ini adalah sebanyak 18% daripada modal RM12,000 yang dilaburkan.

Kes 3

tips pelaburan

Dalam kajian kes ini, harga bermula pada RM1 seunit. Sepanjang masa berlaku pergerakan harga turun dan kenaikan harga. Pada bulan Ogos, harga telah mengalami kedudukan harga paling rendah dalam tahun tersebut. Pada bulan Disember,  harga seunit telah naik kembali ke paras RM 0.85. Dalam kes ini, harga pada Disember adalah lebih rendah berbanding bulan Januari.

Dalam kes ini, sebanyak 12,920 unit telah berjaya dibeli sepanjang tahun. Oleh itu, nilai portfolio pada Disember adalah sebanyak RM14,212. Ini menjadikan pulangan pelaburan ini adalah sebanyak 18% daripada modal RM12,000 yang dilaburkan.

Kes 4

tips pelaburan

Dalam kajian kes ini, harga bermula pada RM1 seunit. Sepanjang masa berlaku pergerakan harga turun dan kenaikan harga. Harga terus berubah sepanjang masa naik dan turun. Pada bulan Disember,  harga seunit telah naik kembali ke paras RM 0.95. Dalam kes ini, harga pada Disember juga adalah lebih rendah berbanding bulan Januari.

Dalam kes ini, sebanyak 13,115 unit telah berjaya dibeli sepanjang tahun. Oleh itu, nilai portfolio pada Disember adalah sebanyak RM12,459.30. Ini menjadikan pulangan pelaburan ini adalah sebanyak 4% daripada modal RM12,000 yang dilaburkan.

Kesimpulan

Daripada keempat-empat kajian kes yang ditunjukkan, cost averaging adalah satu teknik pelaburan yang sangat menarik. Walaupun berlaku penurunan harga, akan tetapi nilai portfolio kita masih mampu mencatatkan keuntungan.

Jangan beli rumah!?

Hal ini kerana, kita berjaya mengumpul lebih banyak unit semasa harga rendah, maka apabila harga bergerak naik portfolio kita akan mencatatkan keuntungan. Inilah rahsia pelaburan yang sangat mudah untuk dilakukan.

Walaubagaimanapun, anda perlu memastikan anda melabur di tempat pelaburan yang betul bagi memastikan tips pelaburan cost averaging ini berkesan. Jika anda melabur di tempat pelaburan yang tidak mempunyai asas yang kukuh, maka anda masih tetap boleh rugi dalam pelaburan anda.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *