featured tabung pendidikan

Rancang tabung pendidikan anak dari sekarang

Salah satu perkara yang ibu bapa moden sekarang perlu rancang adalah tabung pendidikan anak-anak. Dahulu jika hendak menghantar anak ke universiti, ibu bapa terpaksa menjual tanah pusaka semata-mata untuk menghantar anak bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Kerajaan melihat ini merupakan satu langkah yang kurang bijak. Oleh itu, kerajaan telah memperkenalkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi membantu rakyat yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Meminjam dengan PTPTN bukanlah satu perkara yang salah, akan tetapi terdapat alternatif lain yang boleh dilakukan. Ibu bapa boleh merancang tabung pendidikan anak supaya mereka tidak perlu meminjam bagi melanjutkan pelajaran di universiti.

Ini dapat membantu anak-anak kita supaya tidak terbeban dengan beban hutang sebaik sahaja memulakan hidup mereka sendiri. Sebagai ibu apa, anda boleh mengubah masa depan anak-anak anda. Berikut merupakan beberapa kaedah alternatif yang anda boleh gunakan bagi merancang tabung pendidikan anak.

Perancangan alternatif tabung pendidikan anak

Dalam case study ini, kita akan merancang tabung pendidikan anak kepada En. Ismail (bukan nama sebenar). En Ismail merancang untuk tabung pendidikan anaknya yang bernamaMelissa (bukan nama sebenar) berumur 2 tahun. Menurut beliau, Melissa berminatuntuk melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan di Malaysia.

tabung pendidikan anak

Purata kos bagi melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan di universiti swasta di Malaysia adalah RM60,000. Dengan mengambil kira faktor inflasi 3% bagi tempoh 16 tahun akan datang, jangkaan tabung pendidikan yang diperlukan adalah sekitar RM96,000.

Unit trust

Dengan melabur dalam unit trust, ini membolehkan kita melabur bagi masa depan anak-anak. Terdapat banyak unit trust yang dapat digunakan bagi tujuan ini. Anda boleh dapatkan bantuan penasihat kewangan bebas untuk memilih unit trust yang sesuai bagi tujuan ini.

Apa yang En. Ismail boleh buat adalah dengan melabur dalam unit trust yang memberikan purata pulangan melebihi 8% setahun. Dengan berbuat demikian, En. Ismail perlu untuk melabur sebanyak RM250 sebulan bagi tempoh 16 tahun. Jangkaan hasil pelaburan yang diperoleh oleh tabungan pendidikan ini adalah sekitar RM96,300.

Berikut merupakan ilustrasi bagi tabung pendidikan Melissa bagi tempoh 17 tahun.

ilustrasi tabung pendidikan

Hartanah

Ini merupakan kaedah yang agak menarik. Jika anda tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam pelaburan hartanah, anda mungkin perlu menggunakan kaedah lain.

Ilustrasi ini hanya untuk memberikan idea ringkas bagi memudahkan pemahaman pembaca. Kos-kos sebenar perlulah dikira sebelum anda menggunakan kaedah ini.

Apa yang boleh dilakukan oleh En. Ismail adalah membeli sebuah hartanah yang berharga RM130,000. Bayaran bulanan bagi rumah ini adalah sekitar RM630 sebulan. Dengan mengambil kira peningkatan harga rumah seiring dengan kadar inflasi 4%, jangkaan harga rumah tersebut selepas 15 tahun adalah sebanyak RM240,000.

En. Ismail boleh menjual semula rumah tersebut selepas 15 tahun dan mengambil keuntungan hasil penjualan rumah tersebut kira-kira RM110,000. Selepas mengambil kira kos-kos lain, jangkaan keuntungan bersih En. Ismail kira-kira RM96,000.

Kesimpulan

Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan bagi membina tabung pendidikan anak anda. Tidak kira apa pun kaedah yang digunakan, yang penting adalah anda merancang tabung pendidikan anak anda.

Takaful untuk pelaburan? Misleading yang anda perlu tahu!

Ini bukan sahaja membolehkan anak anda melanjutkan pelajaran dalam bidang yang mereka inginkan, malah ini juga boleh membantu mereka memulakan kehidupan dewasa tanpa dibebani dengan beban hutang pendidikan.

Artikel ini bermanfaat? Kongsikan agar rakan anda pun tahu

You may also like...

Popular Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Ikuti kami