RAYUAN HAJI

Surat rayuan haji

Rayuan haji boleh dibuat oleh mereka yang sudah bersedia menunaikan haji tetapi masih belum tiba giliran mereka. Pihak tabung haji akan menilai setiap permohonan rayuan yang dibuat dan akan memberi keutamaan kepada mereka yang memerlukan.

Lembaga Tabung Haji (TH) akan menanggung semua subsidi bagi jemaah haji muassasah kali pertama termasuk yang membuat rayuan untuk menunaikan haji tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Sumber: Bernama

Berikut merupakan beberapa perkara yang perlu diketahui sebelum anda membuat rayuan haji.

Kos haji

Pihak TH memutuskan untuk mengekalkan kadar kos haji. Bagi warganegara yang belum menunaikan haji, bayaran yang dikenakan adalah RM 9,980 sahaja. Pihak TH memberikan subsidi sebanyak RM 12,470 kepada setiap jemaah.

kos rayuan haji

Sumber: TH

Klik untuk mengetahui Bagaimana nak pergi haji dengan RM3.33

Alamat rayuan

Bahagian Operasi Domestik
Lembaga Tabung Haji
Lantai 30, Bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji
201 Jalan Tun Razak
50732 Kuala Lumpur

Alasan Permohonan Rayuan Haji Yang Dicadangkan

Bagi membolehkan pihak TH menimbangkan permohonan rayuan anda, beberapa alasan boleh digunakan. Antara alasan yang dicadangkan untuk permohonan rayuan haji adalah seperti berikut:

  1. Mengikut suami / ayah / abang / adik lelaki
  2. Ingin menjaga ibu/ ayah yang ada masalah kesihatan
  3. Taraf kesihatan semasa yang baik dan ketidaktentuan kesihatan di masa depan
  4. Anak-anak sudah besar
  5. Anak-anak tidak terlibat dalam peperiksaan besar pada tahun semasa
  6. Sudah mengikuti kursus haji untuk satu tempoh tertentu
  7. Akaun Tabung Haji sudah mencukupi untuk mengerjakan haji
  8. Nazar

Contoh surat permohonan rayuan haji

Alamat

______________________________________________________________________________

Bahagian Operasi Domestik
Lembaga Tabung Haji
Lantai 30, Banguana Ibu Pejabat Tabung Haji
201 Jalan Tun Razak
50732 Kuala Lumpur                                                                       12 MAC 20XX

Tuan,

RAYUAN PENEMPATAN HAJI BAGI TAHUN 14XX H/ 20XX M

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk. Untuk makluman tuan, kami telah membuat pendaftaran haji di Tabung Haji Cawangan XXXX pada tahun 20XX dan disenaraikan untuk ke sana pada tahun 20XX.

2.            Kami memohon dan merayu jasa baik pihak Tuan untuk memperoleh penempatan ibadah haji pada tahun XXXX H/ 20XX M berdasarkan perkara berikut :-

  1. Alasan1
  2. Alasan2
  3. Alasan3
  4. Alasan3
  5. Alasan5

3.            Berikut merupakan maklumat diri saya dan ibu/isteri/suami/ayah:
Nama (sendiri)                  :
No. akaun tabung haji (sendiri):
No kad pengenalan:
No. telefon:
Nama (ibu/isteri/suami/ayah):
No akaun tabung haji (ibu/isteri/suami/ayah) :
No. kad pengenalan(ibu/isteri/suami/ayah):
No telefon(ibu/isteri/suami/ayah):
Hubungan: (ibu/isteri/suami/ayah)
Masalah kesihatan(jika ada):

4.            Besarlah harapan kami sekiranya rayuan kami dapat dipertimbangkan oleh pihak tuan dan diberi peluang menjalankan Rukun Islam ke -5 pada tahun ini. Kerjasama dan maklum balas dari pihak tuan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih

Yang benar,

……………………..
NAMA

Faiz Wahab

Merupakan seorang Licensed Islamic Financial Adviser yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia. Seorang pelabur saham yang aktif di Bursa Malaysia. Kenali lebih lanjut di https://faizwahab.com/faiz-wahab/

You may also like...

Popular Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Artikel ini adalah harta intelek FaizWahab.com. Sila klik button share jika anda merasakan artikel ini bermanfaat untuk dikongsi