PERANCANGAN PUSAKA 2

Perancangan harta pusaka adalah sebahagian daripada perancangaan kewangan yang menyeluruh. Perancangan harta pusaka ini adalah sangat penting kerana harta yang dikumpulkan dan dilaburkan sewaktu hidup hendaklah dibahagikan kepada waris secara adil.

Dalam Islam, perancangan pusaka amat ditekankan bagi membolehkan waris si mati dapat meneruskan kehidupan. Selain itu, perancangan pusaka amat penting bagi memastikan harta yang dikumpulkan bukan sahaja boleh dibahagikan kepada waris, malah dapat diwakafkan supaya kita dapat terus menerima pahala walaupun telah meninggal dunia.

Dalam al-Quran, ada disebut tentang wasiat dalam surah Al-Baqarah ayat 180.

harta pusaka

Isu pusaka tidak dapat diuruskan dengan baik merupakan satu isu yang sangat besar. Menurut Utusan Online  sejumlah RM60 billion harta umat Islam yang tidak dituntut. Hal ini kerana waris mempunyai kurang pengetahuan dalam pengurusan pusaka. Waris juga tidak mengetahui prosedur yang betul dan agensi yang sepatutnya dirujuk bagi menguruskan harta si mati.

harta pusaka tidak dituntut

Sumber:Utusan

Selain itu, sikap tidak prihatin dan ‘acuh tak acuh’ masyarakat untuk mengambil tahu dan menyegerakan urusan pusaka sehingga menyebabkan permohonan pembahagian harta tersebut dilengah-lengahkan.

Kesannya, harta si mati lambat diuruskan sehingga harta tersebut dibekukan. Apabila harta si mati sudah terlalu lama, kos bagi menguruskan harta pusaka tersebut akan meningkat.

Harta pusaka lebih mudah untuk diuruskan jika pemilik harta tersebut masih hidup. Hal ini kerana, jika pemilik harta sudah meninggal, pengurusan harta pusaka lebih rumit terutamanya jika tiada wasiat yang ditinggalkan oleh si mati.

Oleh itu, sebagai seorang yang sedar kepentingan pengurusan harta psuaka, lebih baik kita memulakan perancangan harta pusaka semasa masih hidup, bagi membolehkan harta tersebut diserahkan kepada waris, badan wakaf atau penerima hibah dengan lebih mudah apabila kita meninggal dunia.

Servis pengurusan pusaka

Bagi memudahkan tuan-tuan dan puan-puan, ada beberapa servis yang ditawarkan oleh pihak kami. Antaranya adalah:

  1. Penulisan Wasiat
  2. Penyediaan Dokumen Hibah
  3. Wakaf
  4. Pengurusan pusaka orang yang telah meninggal
  5. Kaunseling pusaka

Dapatkan janji temu anda sekarang untuk pengurusan pusaka

error: Artikel ini adalah harta intelek FaizWahab.com. Sila klik button share jika anda merasakan artikel ini bermanfaat untuk dikongsi