Ramai anak muda yang nak melabur hartanah tetapi mempunyai modal yang terhad. REITs, atau nama penuhnya Real Estate Investment Trust adalah satu medium yang menarik untuk dicuba. Hal ini kerana, REITs membolehkan kita melabur dalam hartanah dengan walaupun mempunyai modal yang rendah.
Awas!! Di luar sana terdapat banyak pelaburan yang kononnya menggunakan nama REITs tetapi MENIPU. Pastikan anda menghubungi Perancang Kewangan Berlesen untuk membantu anda.
Walaupun pelaburan ekuiti sangat menarik dari segi peningkatan harga, REITs pula menarik kerana menawarkan pendapatan yang stabil dan pada masa yang sama, kita juga boleh menikmati peningkatan harga juga. Inilah antara kelebihan REITs.
Apa itu pelaburan ekuiti? Klik sini
REITs merupakan salah satu pelaburan yang kurang diperkatakan di Malaysia. Walaubagaimanapun, perkembangan REITs menjadi semakin rancak kebelakangan ini kerana ianya digemari untuk dimasukkan dalam portfolio untuk tujuan defensif.
Ianya sangat berguna bagi pelabur-pelabur baharu kerana sifatnya yang mempunyai risiko yang lebih rendah bebanding pelaburan ekuiti atau saham. REITs juga menawarkan dividen yang agak tinggi. Jom ketahui REITs dengan lebih mendalam
Memahami REITs

Secara ringkasnya, REITs adalah salah satu bentuk unit amanah atau unit trust. Perbezaan unit trust dengan REITs adalah, REIT hanya melabur dalam sektor hartanah mana kala unit trust pula melabur dalam beberapa instumen pelaburan lain.
Pelabur akan melabur duit dalam sesebuah REITs melalui satu syarikat pengurus dana. Duit para pelabur tersebut akan digunakan oleh pihak syarikat pengurus dana untuk membeli hartanah seperti hotel, hospital, ruang pejabat, gudang dan juga pusat beli belah.
Kemudian, hartanah-hartanah ini akan disewakan kepada penyewa untuk satu tempoh masa tertentu berdasarkan perjanjian antara penyewa dan pihak pengurusan. Pendapatan yang dijana daripada hasil sewaan ini kemudiannya akan dibahagikan kepada pelabur mengikut jumlah pelaburan yang dibuat.
Kenapa melabur dalam REITs?
Dividen yang menarik
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, REITs akan membayar keuntungan sewaannya kepada para pelabur. Ini menjadikannya lebih banyak berbanding saham syarikat atau ekuiti biasa. Oleh sebab itu, REITs, sangat sesuai dijadikan sebagai instrument yang difensif dalam portfolio seseorang pelabur.
Diversifikasi
Dengan melabur dalam instrument ini, ia menjadikan anda pemilik kepada beberapa hartanah pada satu-satu masa. Jika berlaku pengurangan bilangan penyewa di satu-satu kawasan, ini mengurangkan risiko kerugian anda.
ETF pelaburan untuk semua!
Hal ini kerana, anda mempunyai hartanah di kawasan atau sektor lain yang boleh menampung pengurangan yang berlaku.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, pelaburan anda dipecahkan kepada beberapa jenis hartanah seperti hotel, hospital, ruang pejabat, gudang dan juga pusat beli belah.
Sebagai contoh anda melabur dalam KLCC REITs, anda merupakan salah seorang pemilik sah bagi Menara Berkembar Petronas Menarik bukan?
Kecairan
Berbanding dengan hartanah fizikal, anda boleh membeli dan menjual REITs dalam masa yang sangat singkat. Bagi hartanah fizikal, proses transaksi mengambil masa antara 3 bulan sehingga 2 tahun secara amnya.
Tetapi apabila anda membeli REITs, proses transaksi berlaku dalam tempoh beberapa minit sahaja.
Jika anda tersalah membeli hartanah yang merugikan, susah untuk anda menjual semula hartanah tersebut. Ini dapat diatasi jika anda melabur melalui REITs.
Dalam pelaburan, kecairan adalah satu elemen yang sangat penting. Ini terutamanya jika anda memerlukan wang dengan segera dan perlu mencairkan aset anda.
Ketenangan minda
Menguruskan penyewa bukanlah satu perkara yang mudah. Setiap penyewa mempunyai ragam yang tertentu yang perlu kita hadapi.
Cuba bayangkan perlu menguruskan satu kompleks membeli belah sebesar MidValley atau Pavillion, bukannya mudah dan meletihkan.
Pelaburan ini membolehkan anda untuk menikmati hari anda seperti biasa kerana hartnah-hartanah anda diuruskan oleh pakar-pakar pengurus hartanah.
Tambahan pula, terdapat pengurus dana yang professional yang membantu anda untuk membeli hartanah-hartanah baharu untuk dimasukkan dalam portfolio pelaburan anda.
Modal rendah
Ini adalah salah satu faktor tambahan kenapa saya sangat menyukai pelaburan ini. Tidak dinafikan, pelaburan hartanah fizikal memerlukan anda mempunyai modal yang sangat besar. Selain itu, cas-cas yang berkaitan dengan pelaburan fizikal juga agak tinggi.
Dalam pelaburan ini, cas yang dikenakan tak sampai 1%. Ada pula yang menawarkan cas permulaan 0%! Inilah yang menjadikan pelaburan ini sangat menarik.
Apa yang lagi menarik adalah terdapat REITs yang membolehkan anda untuk melabur dengan modal serendah RM100 sahaja.
Jenis-jenis REITs
Amanah Hartanah Bumiputera
Amanah Hartanah Bumiputera atau juga disebut sebagai AHB adalah satu REITs harga tetap yang diurusakan oleh Pelaburan Hartanah Berhad .
Harga bagi setiap unit telah ditetapkan pada RM1 seunit. Ini menjadikannya sangat menarik kerana pelabur tidak terdedah kepada risiko kerugian disebabkan penurunan harga unit.
Pelabur hanya boleh menjana keuntungan bagi dividen AHB yang diterima sahaja. Setakat ini dividen AHB adalah sangat kompetetif berbanding dengan produk-produk yang ada dalam pasaran. Dividen AHB akan diumumkan sebanyak dua kali setahun. Walaubagaimanapun, agihan pendapatan bagi AHB bergantung pada keadaan pasaran semasa dan tiada jaminan keuntungan.
Selain itu, apa yang menarik berkaitan dividen AHB adalah ianya sudah ditolak dengan zakat. Jadi pelabur muslim tidak perlu risau berkaitan zakat pelaburan AHB ini.
Bagi memulakan pelaburan ini, anda boleh membuka akaun melalui mana-mana cawangan Maybank atau AmBank.
Unit Amanah
Terdapat beberapa unit amanah atau unit trust yang menawarkan pelaburan dalam REITs. Terdapat beberapa unit amanah yang melabur REITs di peringkat global. Anda dinasihatkan menghubungi perancang kewangan berlesen untuk membantu anda dalam pelaburan REITs ini.
REITs yang didagangkan di Bursa Malaysia
Berbeza dengan AHB yang mempunyai harga tetap, terdapat juga REITs yang tersenarai di Bursa Malaysia. Bagi REITs jenis ini, anda boleh membeli secara terus melalui Bursa Malaysia.
Untuk membeli, anda memerlukan akaun CDS atau akaun saham terlebih dahulu. Apabila anda sudah mempunyai akaun CDS, anda boleh melakukan transaksi jual beli sama seperti anda membeli saham di Bursa Malaysia.
Klik sini untuk senarai penuh broker saham islamik
Bagi REITs jenis ini, harga berubah mengikut masa. Anda boleh menjana keuntungan melaui peningkatan harga dan juga dividen yang diperoleh. Ini menjadikan anda boleh menjana keuntungan dengan lebih cepat.
Setakat ini terdapat 18 REITs yang didagangkan di Bursa Malaysia dan 4 daripadanya adalah patuh syariah.
Amanah Harta Tanah PNB | AHP | Tidak patuh Syariah |
Al-Aqar Healthcare REIT | ALAQAR | Patuh Syariah |
Al-Salam REIT | ALSREIT | Patuh Syariah |
AmFirst REIT | AMFIRST | Tidak patuh Syariah |
Amanah Raya REIT | ARREIT | Tidak patuh Syariah |
Atrium REIT | ATRIUM | Tidak patuh Syariah |
Axis REIT | AXREIT | Patuh Syariah |
Capital Malls Malaysia Trust | CMMT | Tidak patuh Syariah |
Hektar REIT | HEKTAR | Tidak patuh Syariah |
IGB REIT | IGBREIT | Tidak patuh Syariah |
KLCC REIT | KLCC | Patuh Syariah |
Pavillion REIT | PAVREIT | Tidak patuh Syariah |
Quill Capita Trust | QCAPITA | Tidak patuh Syariah |
Starhill REIT | STAREIT | Tidak patuh Syariah |
Sunway REIT | SUNREIT | Tidak patuh Syariah |
Tower REIT | TWRREIT | Tidak patuh Syariah |
UOA REIT | UOAREIT | Tidak patuh Syariah |
YTL Hospitality REIT | YTLREIT | Tidak patuh Syariah |
Di Bursa Malaysia, anda perlu membeli minimum 1 lot yang bersamaan dengan 100 unit. Katakan anda membeli Al-Salam REITS yang berharga RM0.865 seunit, maka modal minima yang anda perlukan untuk membeli REITs ini adalah RM86.50 sahaja

Panduan memilih REITs
Seperti yang dijelaskan dalam bahagian awal artikel ini, pendapatan atau dividen yang diperoleh oleh pelabur adalah melalui keuntungan sewaan.
Oleh itu, antara yang perlu anda lakukan bagi memilih REITs adalah lawatan tapak atau site visit. Semasa lawatan tapak tersebut, ada beberapa perkara yang anda perlu perhatikan.
Walaubagaimanapun, ini tidak menjanjikan keuntungan kepada anda. Sila dapatkan khidmat nasihat daripada penasihat kewangan berlesen untuk membantu anda membuat keputusan yang tepat
Ikuti kami bagi membantu anda mendapatkan kebebasan kewangan dengan lebih cepat
Boleh beri penerangan lebih lanjut mengenai pelaburan unit trust saya berminat tapi tak tahu tepat yang betul
Saya akan cover pada masa akan datang. Boleh subscribe our newsletter
Saya berminat dengan pelaburan Dan nak tahu lebih lanjut Dan saham apa paling sesuai saya nak joint
Untuk pilih pelaburan yang terbaik mestilah dilakukan secara perbincangan menyeluruh. Sila daftar untuk temu janji di faizwahab.com/appointment
Assalamualaikum, berdasarkan tajuk berikut bagaimana saya nak melabur dengan hanya RM 100 tuan, saya ingin belajar.
Boleh klik link di https://ezazwealth.onpay.my/order/form/SsAsasReloadedDecember2020/212
Hi tuan, nak tanya berapakah kadar tempoh minimum yang harus dipegang untuk seseorang itu layak mendapat dividend?
Kalau untuk REITs di Bursa Malaysia, hanya perlu hold pada ex date