Rahsia Raja Hutang

Rahsia Raja Hutang

Bila cerita bab hutang ni, ramai di luar sana yang membuat hutang dengan pihak bank. Setiap bulan kita dibelenggu untuk membayar hutang tersebut. Tetapi, betul ke hutang ni tak bagus? Betul ke hutang boleh menyebabkan sampai kita bankrap? Kad kredit ni bagus ke tak? Macam mana nak urus hutang dengan betul?

Haaa… ini semua persoalan yang selalu ditanya terutamanya oleh anak muda yang mula melangkah ke alam pekerjaan. Sebenarnya hutang ini tak salah, selagi mana ianya tidak dalam keadaan yang terkawal. Antara kadar keberhutangan yang dicadangkan adalah di bawh paras 50%! Nak check kadar keberhutangan anda? Boleh gunakan DSR Calculator ini.

Hutang jahat dan hutang baik

Selain itu, nak urus hutang juga berkait rapat dengan jenis hutang yang kita buat. Hutang yang kita buat untuk kegunaan dan tidak memberikan sebarang aliran tunai itu dikira sebagai hutang jahat. Sebaliknya, jika membuat sesuatu hutang untuk memberikan kita aliran tunai tambahan, ianya dikira sebagai satu hutang baik.

Sebagai contoh, kita membuat pelaburan hartanah and perlu membayar pada pihak bank sebanyak RM1,500 sebulan dan mendapat jumlah kutipan sewa sebanyak RM2,000. Untuk kes ini, ianya dikira sebagai hutang baik. Akan tetapi, dalam keadaan sebenar, kos-kos lain perlu diambil kita sebelum membuat keputusan pelaburan.

Delayed Gratification

Hutang yang terkawal boleh membantu kita untuk mencapai matlamat kita dengan lebih cepat. Akan tetapi, tidak dinafikan bahawa mereka yang tidak berhutang juga adalah lebih baik. Sebagai contoh, Ali hendak membeli kereta secara ansuran manakala Ahmad hendak menyimpan untuk membeli kereta yang sama.

Raja hutang Ali urus hutang
Kajian Kes: Ahmad
urus hutang
Kajian Kes: Ali

Dalam kajian kes ini, kita dapati bahawa Ahmad lebih untung kerana beliau hanya memerlukan 7 tahun untuk mendapatkan kereta tersebut. Bagi Ali pula, dia memerlukan 9 tahun untuk menyelesaikan hutangnya dengan jumlah bayaran sebanyak RM65,750.00! Ini menunjukkan bahawa konsep simpan dulu, belanja kemudian adalah lebih baik daripada belanja dulu, bayar kemudian.

Walaubagaimanapun, terdapat keadaan yang mendesak yang menyebabkan kita terpaksa berhutang. Sebagai contoh, kita baru mula bekerja dan memerlukan kenderaan untuk bergerak dari rumah ke tempat kerja. Oleh itu, hutang tidak dapat dielakkan.

Jom gunakan kalkulator hutang kereta untuk mengetahui secara detail hutang kereta anda!

Dalam menguruskan hutang, ada beberapa perkara yang kita perlu cakna. Ini adalah sangat penting bagi mengelakkan anda terjerat dalam hutang and tidak mampu untuk mencapai financial freedom.

Jangan lewat bayar hutang

Seperti yang kita tahu, bank akan mengenakan interest atau denda apabila kita lewat untuk membayar hutang. Interest atau alte payment charge ini adalah sangat bahaya dan boleh menyebabkan hutang anda bertambah! Apa yang lebih parah, anda lebih kepada membayar interest dan kurang membayar untuk principal. Kesannya anda akan berterusan membayar hutang dan terperangkap dalam belenggu hutang.

Minimum payment

Untuk bahagian ini agak kontrovesi. Tapi untuk menyebabkan hutang kita boleh settle lebih cepat dan kurangkan interest yang dikenakan ke atas kita, maka kita perlu bayar lebih daripada minimum payment yang diletakkan.

Sebagai contoh, kalau kita perlu membayar loan rumah RM1,400 jadi kita buat additional payment RM100 sebagai contoh. Walaupun RM100 nampak sedikit dan kurang signifikan, tetapi ianya dapat menjimatkan interest anda sebanyak RM28,000 dan memendekkan hutang sebanyak 42 bulan! Best kan? Akan tetapi anda pelu melihat pada loan structure dan bagaimana bank menerima bayaran tambahan ini. Setiap operasi dan kontrak bank adalah berbeza-beza.

Carry over

Perkara yang sama juga terpakai untuk kad kredit anda. Bagi kad kredit, anda dinasihatkan untuk buat full settlement dan tidak membawa hutang bulan lepas ke bulan seterusnya. Ini akan menyebabkan anda terpaksa membayar interest yang sangat tinggi. Ada kad kredit yang charge sehingga 18% untuk kad kredit anda.

Jadi ini adalah sebahagian tips yang anda boleh gunakan untuk urus hutang anda. Ingat, hutang tak salah tapi kalau salah buat hutang, kita yang bermasalah kemudian hari. Pastikan anda adalah raja kepada hutang anda dan bukannya anda menjadi hamba hutang.

Nak dapatkan lebih banyak update berkenaan kewangan dan pelaburan? Join channel Telegram secara percuma dan jangan lupa subscribe FaizWahab.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *