bilangan unit trust unit amanah amanah saham unit trust terbaik unit trust no 1

Rahsia Pelaburan Unit Amanah

Unit amanah atau unit trust adalah satu pelaburan yang tidak asing di Malaysia. Unit amanah juga disebut sebagai amanah saham adalah satu pelaburan yang mudah dilakukan. Dengan ledakan internet, anda boleh mula melabur unit trust secara dalam talian.

Jom labur unit trust dengan mudah

Memahami unit amanah

Unit amanah membenarkan anda melabur secara pasif dan aktif. Bagi pelabur yang tidak mempunyai masa yang banyak, anda boleh melabur dalam unit trust secara pasif di mana anda memfokuskan pelaburan anda untuk jangka masa panjang.

Untuk pelabur yang mempunyai masa yang lapang, mereka boleh melabur secara aktif dalam unit trust untuk tempoh jangka masa pendek. Walaubagaimanapun, strategi ini kurang sesuai untuk dilaksanakan kerana kadar perubahan harga unit amanah adalah kurang volatile berbanding jenis aset yang lain seperti ekuiti. Pelabur dinasihatkan untuk mendalami ilmu pelaburan sebelum membuat keputusan pelaburan.

Rahsia untung konsisten dalam pelaburan?

Secara asasnya, sebagai pelabur, kita akan melabur dalam unit amanah. Duit para pelabur akan dikumpulkan dan membentuk satu “pool of investor”. Duit ini akan digunakan oleh pengurus dana atau “fund manager” untuk melabur dalam beberapa jenis kelas aset mengikut pecahan aset yang dinyatakan dalam prospektus.

Apa pelabur perlu tahu sebelum melabur unit trust?

Kawal selia

Pastikan anda melabur dalam pelaburan unit amanah yang betul. Untuk tujuan ini pihak FIMM di bawah Suruhanjaya Sekuriti yang mengawal selia unit trust yang ada di Malaysia.

bilangan unit trust unit amanah amanah saham unit trust terbaik unit trust no 1
Sumber: FIMM
bilangan unit trust unit amanah amanah saham unit trust terbaik unit trust no 1
Sumber: Suruhanjaya Sekuriti
bilangan unit trust unit amanah amanah saham unit trust terbaik unit trust no 1
Sumber: Suruhanjaya Sekuriti

Prestasi dana

Antara perkara yang selalu dinilai oleh para pelabur adalah prestasi dana. Tidak dinafikan bahawa prestasi dana adalah sangat memainkan peranan. Walaubagaimanapun, para pelabur tidak boleh hanya bergantung kepada sejarah prestasi pelaburan tersebut.

Past performance does not indicate of future return.

bilangan unit trust unit amanah amanah saham unit trust terbaik unit trust no 1

Risiko

Oleh itu, adalah sangat penting bagi seseorang pelabur untuk membaca prospektus bagi setiap unit amanah yang hendak dilaburkan bagi mengetahui strategi pelaburan yang akan digunakan oleh fund manager. Ini bagi memastikan anda melabur dalam dana yang sesuai dengan penilaian risiko pelaburan anda.

Mula melabur unit amanah tak sampai 10 minit

Strategi pelaburan

Sebagai contoh, dana AAA menyasarkan pelaburan jangka masa panjang dalam ekuiti tempatan. Maka dana AAA hanya mempunyai mandat untuk melabur dalam pasaran saham tempatan sahaja. Jika berlaku sesuatu pada pasaran saham Malaysia, dana ini akan terkesan kerana ianya melabur dalam pasaran tersebut.

Dana BBB pula menyasarkan pelaburan jangka masa panjang dalam ekuiti global. Dana ini berkemungkinan akan kurang terkesan kerana ianya lebih luas cakupannya. Dana ini mempunyai kemampuan untuk mengalihkan pelaburan mereka jika belaku perkara yang tidak diingini dalam sesuatu pasaran. Para pelabur dinasihatkan mempunyai kefahaman menyeluruh sebelum membuat keputusan untuk melabur.

Jika anda tidak mempunyai asas pelaburan yang cukup, anda boleh berhubung dengan penasihat kewangan anda bagi mendapatkan khidmat nasihat kewangan bagi membantu anda untuk memulakan pelaburan dalam unit trust.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *