4 Perancangan kewangan tahun ini

PERANCANGAN KEWANGAN 2019

Perancangan kewangan adalah merupakan satu perkara yang sangat penting untuk semua orang. Seperti setiap bangunan yang hendak dibina, perkara utama yang diperlukan adalah pelan atau juga disebut sebagai blueprint. Begitu juga dengan kewangan kita, ianya perlu dirancang agar kita dapat memastikan kewangan kita dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Apabila menyebut perancangan kewangan, terdapat beberapa elemen penting yang perlu dilakukan dan ianya bukan melibatkan membeli satu-satu produk. Ramai orang yang menganggap perancangan merupakan satu produk. Sebenarnya perancangan kewangan tidak melibatkan sebarang produk. Produk hanya digunakan sebagai satu alat untuk capai kepada sasaran yang diletakkan.

Analogi mudahnya adalah, perancangan kewangan adalah seperti kita menggunakan aplikasi Waze atau Google Maps. Bagi membolehkan kita sampai ke sesuatu destinasi, kita perlu menggunakan jalan-jalan tertentu. Kadangkala, disebabkan jalan tersebut agak jauh dan sesak, kita perlu menggunakan lebuh raya atau laluan altenatif bagi mempercepatkan dan memendekkan perjalanan tersebut.

Klik sini untuk mengetahui 6 tahap financial freedom

Jika anda tidak pernah membuat sebarang perancangan kewangan, terdapat 4 perkara asas yang anda boleh buat bagi merancang kewangan peribada anda bagi tahun ini. 4 elemen asas perancangan kewangan ini adalah sangat mudah yang boleh dicapai untuk tahun ini dan anda boleh lakukannya!

4 Perancangan kewangan asas

1. Tabung Kecemasan

Ini merupakan perkara paling asas yang perlu anda ada. Simpan sekurang-kurangnya 3 bulan gaji untuk digunakan bila berlaku kecemasan seperti kereta rosak, laptop rosak atau perkara-perkara luar jangka yang lain.

Ingat! Tabung kecemasan ini hanya untuk menggantikan atau membaiki perkara yang sedia ada dan bukannya untuk membeli sesuatu yang baharu. Kalau nak beli handphone baharu, bukan guna tabung ini.

Apa yang penting bagi tabung kecemasan ini adalah ianya boleh digunakan segera apabila sesuatu kecemasan berlaku. Bagi memudahkan anda untuk mengeluarkan duit ini, anda bolehlah menggunakan instrumen seperti ASB atau Tabung Haji.

2. Perlindungan kewangan

Perlindungan kewangan merupakan satu perkara yang sangat penting dalam perancangan kewangan. Ini bagi melindungi diri anda daripada musibah-musibah yang tidak dijangkakan.

Berbeza dengan tabung kecemasan, perlindungan kewangan ini bertujuan untuk melindungi diri kita daripada perbelanjaan perubatan yang sangat tinggi. Untuk itu, instrumen yang boleh digunakan adalah takaful sebagai perlindungan. Sebagai Muslim, kita perlu tahu beza di antara takaful dengan insurans.

Ingat! Takaful untuk perlindungan bukan simpanan atau pelaburan

Apa yang anda perlu pastikan adalah dengan jumlah bayaran takaful untuk dirii sendiri adalah tidak lebih 10% pendapatan. Jika anda masih belum berkemampuan untuk mengambil plan takaful yang menyeluruh, fokus dahulu kepada Income Protection, kemudian barulah Medical Card.

3. Pelaburan

Cara yang paling efektif untuk membina kekayan adalah dengan melakukan pelaburan. Dengan pelaburan, ianya dapat membantu anda unuk mencipta lebih banyak aset dan pendapatan untuk masa depan. Antara matlamat pelaburan yang hendak dicapai adalah:

  • Haji/Umrah
  • Rumah pertama
  • Pendapatan pasif
  • Pendidikan anak

Terdapat banyak jenis pelaburan yang ada dalam pasaran. Apa yang paling penting adalah anda melabur dalam instrumen yang dikawalselia dan patuh Syariah. Ini bagi memastikan hak anda sebagai pelabur dilindungi oleh badan-badan yang mengawalselia seperti Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara. Klik sini bagi mengetahui jenis pelaburan yang ada.

Ingat, semakin tinggi potensi keuntungan, semakin tinggi risiko pelaburan.

Jika anda baru hendak memulakan langkah dalam pelaburan, mulakan dengan pelaburan yang anda fahami. Jangan cuba-cuba untuk melabur dalam pelaburan yang anda tidak faham langsung bagaimana pelaburan tersebut bekerja.

5. Persaraan

Kita tidak boleh hanya bergantung kepada duit KWSP sahaja. Hal ini disebabkan ramai yang tidak mempunyai simpanan yang mencukupi apabila bersara kelak.

64 peratus pencarum tiada simpanan mencukupi tampung persaraan

KWSP

Mula untuk merancang persaraan kita dari hari pertama kita bekerja. Hal ini kerana, semakin lambat anda mula untuk merancang persaraan anda, semakin besar jumlah yang anda perlu simpan untuk persaraan nanti.

perancangan kewangan persaraan 500k
Ilustrasi komitmen bulanan bagi tabung persaraan RM500,000 mengikut umur

Nak rancang kewangan anda untuk tahun ini? Boleh hubungi penasihat kewangan anda.

Faiz Wahab

Merupakan seorang Licensed Islamic Financial Adviser yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia. Seorang pelabur saham yang aktif di Bursa Malaysia. Kenali lebih lanjut di https://faizwahab.com/faiz-wahab/

You may also like...

Popular Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Artikel ini adalah harta intelek FaizWahab.com. Sila klik button share jika anda merasakan artikel ini bermanfaat untuk dikongsi