Pencen penjawat awam

Pencen penjawat awam. Apa realiti di masa depan?

Penjawat awam perlu risau berkaitan pencen mereka kerana Malaysia menuju negara tua. Mengikut unjuran Jabatan Perangkaan Malaysia, negara akan menjadi negara tua pada tahun 2030. Apa yang dimaksudkan dengan negara tua adalah apabila 15 peratus penduduk terdiri daripada warga emas.

Hal ini berlaku kerana kita sebagai rakyat Malaysia sangat bertuah kerana mendapat akses perubatan yang lebih baik saban tahun. Ini merupakan salah satu faktor mengapa rakyat Malaysia boleh hidup lebih lama. Fakta ini disokong oleh data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Berdasarkan data tersebut, berlaku peningkatan jangka hayat bagi penduduk Malaysia dari tahun 2012 hingga2018.

jangka hayat
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Selain itu, faktor lambat berkahwin juga menyumbang kepada pembentukan negara tua. Perbandingan purata umur perkahwinan sejak sedekad lalu terus meningkat. Antara sebab berlaku kelewatan perkahwinan ini adalah disebabkan faktor kekangan kewangan.

Berdasarkan dapatan terkini Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM-5) pada 2014 apabila lelaki dari 28.9 tahun pada 2004 kepada 29.3 tahun pada 2014 manakala dalam kalangan wanita pula, umur dari 25.3 tahun pada tahun 2004 kepada 26.2 tahun pada 2014. 

Jadi kenapa penjawat awam kena risau?

pencen penjawat awam

Apabila Malaysia menuju negara tua, ini bermakna lebih ramai pesara kakitangan awam yang perlu ditanggung oleh kerajaan. Hal ini dibuktikan berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Peningkatan perbelanjaan bagi pencen penjawat awam ini terpaksa ditanggung oleh kerajaan. Kesannya perbelanjaan kerajaan juga semakin meningkat.

Sehingga Oktober 2018, kerajaan menanggung seramai 824,235 penerima pencen dengan jumlah tanggungan pencen penjawat awam dari Januari hingga Oktober 2018 adalah RM24 bilion


Datuk Dr MdFarid Md Rafik, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Apa yang merisaukan adalah dana tersebut menjadi tidak mapan untuk masa depan. Pihak kerajaan terpaksa menghentikan skim berpencen pada satu masa kerana perbelanjaan bagi pembayaran pencen penjawat awam terlalu tinggi.

Oleh itu, penjawat awam di masa depan perlu merancang tabung persaraan sendiri sebagaimana pekerja swasta yang tidak menerima skim berpencen seperti pejawat awam sekarang. Hal ini kerana pada masa depan berkemungkinan besar penjawat awam akan datang tidak lagi diberikan skim berpencen. Walaubagaimanapun, setakat ini kerajaan memberi kenyataan pengstrukturan semula ini melibatkan pegawai ambilan baharu.

Klik sini untuk mengetahui cara pencen jutawan!

Cara paling mudah untuk bina tabung persaraan ini adalah melalui pelaburan. Terdapat banyak pelaburan yang sah dan dikawal selia oleh pihak kerajaan. Adalah sangat penting untuk anda terlibat dalam pelaburan yang diiktiraf supaya hak anda sebagai pelabur dapat dilindungi.

Hubungi penasihat kewangan anda untuk membantu anda memilih pelaburan yang sesuai bagi tujuan persaraan anda.

Artikel ini bermanfaat? Kongsikan agar rakan anda pun tahu

You may also like...

Popular Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Ikuti kami