Peluang Melabur Saham Global Kini Lebih Murah dan Mudah

Peluang Melabur Saham Global Melalui MIDF Invest

MIDF Invest membolehkan pelabur-pelabur Malaysia untuk membeli saham-saham di Amerika Syarikat seperti MC Donald, Apple, Tesla, AMD dan Intel. Sebelum ini pelabur Malaysia ada pilihan yang terhad untuk melabur dalam saham-saham luar negara terutamanya saham-saham di Amerika Syarikat (US Stock Market). Masalah ini lebih ketara bagi pelabur-pelabur Muslim yang berkeinginan untuk mempunyai pegangan saham di luar negara kerana pilihan yang amat terhad. Walaupun ada platform yang dikawal selia, akan tetapi caj yang dikenakan agak “turn-off”.

Sekarang rakyat Malaysia boleh melabur dengan yakin melalui platform MIDF Invest yang dikendalikan oleh pihak MIDF. MIDF atau MIDF Amanah Investment Bank Berhad merupakan sebuah institusi kewangan yang berlesen di Malaysia dan dimiliki sepenuhnya oleh PNB.

MIDF Invest

Platform juga memberikan fleksibiliti bagi pelabur-pelabur “newbie” kerana ianya disertakan dengan laporan penyelidikan yang komprehensif dan menyeluruh bagi memudahkan para pelabur “newbie” untuk mula melabur. Untuk pelabur dan pedagang yang berpengalaman, charting tools yang disediakan dan beberapa features lain juga amat menarik untuk digunakan. Pengalaman saya menggunakan versi beta bagi MIDF Invest ini adalah amat mudah digunakan selain banyak tools tambahan yang disediakan dan membantu saya dalam pelaburan saham di peringkat global.

Pengalaman team FaizWahab selama 4 bulan menggunakan platform ini adalah ianya sangat mudah untuk digunakan. Untuk membuka akaun, anda hanya perlu melakukannya secara dalam talian dan hanya mengambil masa lebih kurang 10-15 minit jika tidak menghadapi sebarang masalah. Setelah selesai mendaftar, ianya akan mengambil masa kira-kira 5-10 minit untuk akaun anda diterima dan anda boleh terus memulakan perdagangan anda!

Walaupun sebelum ini terdapat maklum balas daripada beberapa pengguna yang menyatakan mereka mempunyai masalah untuk mendaftarkan diri melalui dalam talian, pihak MIDF telah mengambil inisiatif untuk membantu mereka yang menghadapi masalah tersebut dan alhamdulillah mereka berjaya membuka akaun tersebut tanpa sebarang masalah.

Antara isu lain yang sering dihadapi oleh pihak pengguna sebelum ini adalah mereka terpaksa menunggu lama untuk akaun mereka diterima. Menurut pihak MIDF Invest, ini adalah disebabkan oleh jumlah permohonan yang terlalu ramai dan mereka sudahpun meningkatkan jumlah tenaga kerja bagi mengatasi masalah ini. Kesannya, ramai yang sudah boleh membuka akaun dengan cepat dan kurang menghadapi masalah berbanding versi beta sebelum ini.

Oleh itu, dengan pelancaran versi final MIDF Invest ini, ianya sudah mempunyai banyak penambahbaikan berbanding versi beta dahulu. Ini dapat membantu lebih ramai orang untuk mula menceburkan diri dalam pelaburan saham dan menerokai peluang pelaburan di pasaran Amerika terutamanya. Ini membuka peluang baharu kerana untuk tempoh 1 tahun yang terdahulu, indeks Dow Jones Industrial Average mencatatkan peningkatan sebanyak 21%, S&P500 32% dan Nasdaq 100 mencatatkan peningkatan sebanyak 35%.

Prestasi saham US dalam tempoh 1 tahun.
Sumber: Trading Economics

Melalui platform ini juga, pelabur Muslim boleh memiliki saham-saham ternama seperti Tesla Inc, Apple Inc, Advanced Micro Devices (AMD) Inc,  Pfizer Inc. dan pelbagai lagi tanpa perlu ragu-ragu dengan status patuh syariah. MIDF Invest membolehkan anda membeli saham induk tanpa perlu menggunakan instrument CFD yang jelas keharamannya. Platform ini juga menyediakan screener bagi menyaring saham-saham patuh syariah sahaja.

Platform MIDF Invest ini memberikan para pelabur akses langsung dan selamat kepada saham dan ETF yang disenaraikan di Bursa Saham New York (“NYSE”) dan Nasdaq pada kadar yang sangat kompetitif dan jauh lebih murah berbanding pesaing yang lain. Jika anda mendaftar hari ini, anda berpeluang untuk menikmati trade with zero brokerage fee sehingga 30 hari, tertakluk pada terma dan syarat. Ayuh buka akaun anda sekarang melalui pautan ini.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *