Featured pilih kereta

Panduan memilih kereta bagi fresh graduate

Tidak dinafikan kereta merupakan satu benda yang penting terutamanya bagi mereka yang bekerja. Ia memudahkan kita untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat tanpa perlu risau keadaan panas atau pun hujan.

Jika menaiki motosikal, cuaca merupakan musuh utama. Terutamanya di kawasan Lembah Klang, penunggang motosika berhadapan dengan keadaan hujan yang sangat lebat sewaktu petang. Hujan itu pula disertai dengan kilat yang kuat. Bak kata cikgu geografi saya, hujan ini berlaku disebabkan oleh pembentukan awan komulonimbus.

Beli vs jangan beli

Walaubagaimanapun, jika anda jenis tak kisah dan tak rasa ia satu keperluan pun tidaklah menjadi kesalahan. Terutamanya di kawasan Lembah Klang, akses kepada pengangkutan awam lebih mudah.

Walaubagaimanapun,terdapat beberapa kawasan yang mempunyai akses pengangkutan awam yang terhad. Anda mungkin memerlukannya untuk bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi lain.

Bagi saya tidak salah untuk fresh graduate membeli kereta. Yang salah adalah kebanyakkan fresh gradute membeli kereta yang salah. Kereta yang salah adalah yang berada di luar kemampuan kewangan seseorang.

Perbelanjaan

Sebelum membeli, ada 6 perbelanjaan yang perlu difikirkan. Perbelanjaan ini perlu dimasukkan dalam cashflow bulanan anda. Antaranya adalah:

  1. Bayaran bulanan
  2. Kos minyak
  3. Tol dan parking
  4. Maintainance (minyak hitam, tayar, bateri)
  5. Cukai jalan (road tax)
  6. Insurans/Takaful

Bagi maitainance, road tax dan insurans/takaful digalakkan untuk disimpan secara bulanan dalam tabung khas supaya kita bersedia apabila ianya diperlukan. Perbelanjaan bagi 3 perkara ini boleh tahan besar juga. Jadi, baik merancang awal daripada terpaksa berhutang untuk membayar 3 perkara ini.

Ketahui kos tersembunyi memiliki kereta idaman!!

Second hand ok ke?

Jika anda tidak mampu, kereta terpakai atau secondhand car merupakan alternatif yang baik. Walaubagaimanapun, pastikan anda memilih yang elok. Ini kerana jika anda tersalah pilih, kos untuk membaiki kereta tersebut boleh tahan besar. Ini akan menyebabkan poket anda lebih mudah untuk koyak.

Beli second hand sebab nak jimat, rupanya lebih rugi!!

Akan tetapi, ada juga second hand car terpakai yang keadaannya masih elok. Perkara yang penting adalah anda memilih kereta yang mempunyai kondisi enjin, transmisi dan badan kereta yang masih elok.

Jika anda tidak mahir, boleh mendapatkan bantuan dari ahli keluarga atau rakan-rakan yang mahir. Kalau tak ada juga, bolehlah ajak foreman untuk tengok kereta yang anda nak beli tu. Jangan lupa belanja abang foreman tu kopi kemudian. Ok?

Kereta baharu

Kalau tak nak pening kepala, anda bolehlah beli kereta baharu. Terutamanya bagi mereka yang tak tahu sangat pasal penjagaannya, kereta baharu merupakan satu pilihan yang baik. Ini kerana anda tidak perlu risau pasal major maintainance sangat. Lagi best kalau penjual bagi free service/free labour cost. Manfaat ini tak ada kalau anda beli second hand car.

Rule of thumb untuk beli, baik yang baharu atau second hand adalah harga kereta tidak melebihi 1 tahun pendapatan

Harga kereta ideal = Gaji x 12 bulan

Kalau gaji masih kecil, beli yang kecil dahulu pun tak apa. Nanti dah naik gaji, barulah beli yang diidamkan tu ye.

Nak tahu gaji anda mampu untuk beli kereta apa?

Mari kita lihat cadangan kereta baharu mengikut gaji anda. Saya menggunakan jenama tempatan sebagai tanda sokongan kepada barangan buatan Malaysia. Malaysia Boleh!

cadangan kereta

Maklumat lanjut berkenaan harga boleh dapatkan di Proton & Produa

Faiz Wahab

Merupakan seorang Licensed Islamic Financial Adviser yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia. Seorang pelabur saham yang aktif di Bursa Malaysia. Kenali lebih lanjut di https://faizwahab.com/faiz-wahab/

You may also like...

Popular Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Artikel ini adalah harta intelek FaizWahab.com. Sila klik button share jika anda merasakan artikel ini bermanfaat untuk dikongsi