Mudahnya Bayar Zakat Online

Sempena tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, sebagai seorang umat islam kita tidak terlepas untuk menunaikan tanggungjawab untuk mengeluarkan zakat. Tahukah anda, nak bayar zakat sekarang tak sampai 5 minit.

Para Fuqaha’ menjelaskan, bahawa ianya merupakan sedekah yang wajib. Ia berdasarkan firman Allah SWT:

خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ ۖ إِنَّ صَلَاتَكَ سَكَنٌ لَّهُمْ ۗ وَاللَّـهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Maksudnya: Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

(Surah al-Taubah, 103)

Terdapat beberapa cara untuk membuat pembayaran secara dalam talian atau online. Antara kaedah yang paling saya gemari adalah menggunakan laman Maybank2u khas untuk pelanggan Maybank sahaja.

Setakat artikel ini ditulis, pelanggan Maybank hanya boleh membuat pembayaran melalui laman web sahaja dan belum terdapat bagi aplikasi dalam telefon.

Melalui laman ini, anda boleh membuat pembayaran bagi negeri-negeri berikut:

  • Kedah
  • Selangor
  • Kelantan
  • Terengganu
  • Pahang
  • Wilayah
  • Pulau Pinang
  • Sabah
  • Melaka
  • Negeri Sembilan

Bagi jenis zakat yang boleh dibuat melalui laman Maybank2u ini adalah

  • Pendapatan
  • Perniagaan
  • Simpanan
  • Saham
  • KWSP
  • Emas
  • Perak
  • Qadha
  • Harta
  • Fitrah

Ini sangat memudahkan terutamanya jika anda hendak membayar pelbagai jenis dan merentasi beberapa negeri melalui satu platform sahaja.

Cara bayar zakat mudah

Berikut adalah langkah-langkah untuk melakukan pembayaran melalui laman web ini. Untuk tutorial ini, saya akan membayar fitrah kepada Lembaga Zakat Selangor.

Langkah pertama; Selepas berjaya login ke akaun Maybank2u anda, pilih akaun yang berkaitan dan tekan “Pay Bills”

bayar zakat online zakat 2020 maybank

Langkah kedua; Pilih payee dan kemudian pilih badan pengurusan zakat yang anda kehendaki. Bagi kes ini, saya akan memilih Lembaga Zakat Selangor.

bayar zakat online zakat 2020 maybank

Langkah ketiga; Akan keluar satu tetingkap, Pay To ……

bayar zakat online zakat 2020 maybank

Masukkan jumlah yang anda perlu bayar dan letakkan nombor telefon anda. Kemudian pilih jenis zakat yang kita kehendaki. Seterusnya anda dikehendaki memasukkan nombor TAC atau Secure2u untuk meneruskan pembayaran.

Setelah selesai, maka lengkaplah transaksi anda untuk pembayaran zakat anda. Antara soalan yang bermain di fikiran kita, sah ke bayar zakat macam ni?

Pembayaran ini sah sekiranya tidak disertakan akad ijab dan qabul. Dan ini kerana syarat sah pemberian adalah berniat dan mempunyai hak pemilikan terhadap harta, serta penyerahan dan penerimaan barang.

Mufti Wilayah

Jadi tidak perlu anda risau, insyaallah ibadah ini sah dan diterima oleh Allah S.W.T. Mudahkan? Jadi tiada lagi alasan untuk kita tidak membayarnya.

Ikuti kami untuk lebih banyak info berkaitan pengurusan kewangan dan pelaburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *