moratorium

4 perkara yang anda boleh buat dengan duit moratorium

Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan penangguhan bayaran bagi pinjaman di institusi kewangan yang juga dikenali sebagai moratorium. Selain daripada membelanjakan semua wang yang diperoleh hasil daripada moratorium, terdapat 4 perkara yang anda boleh buat dengan wang tersebut.

Kad kredit

Jika anda masih mempunyai baki tunggakan kad kredit, anda boleh mengambil kesempatan ini untuk melangsaikan hutang kad kredit anda. Ini adalah kerana, bagi kad kredit, moratorium secara automatik tidak berlaku. Jadi anda perlu terus membayarnya seperti biasa.

Hasil daripada moratorium, anda boleh membuat pembayaran yang lebih kepada baki kad kredit anda. Hal ini kerana kad kredit mengenakan cas yang sangat tinggi kepada pengguna iaitu sekitar 18% setahun secara efektif.

Jadi, adalah sangat digalakkan untuk anda menutup hutang kad kredit yang ada dengan bank kerana kadar faedahnya yang sangat tinggi.

Hutang kawan

Selain berhutang dengan bank dan institusi kewangan, ada di antara kita yang ada berhutang dengan rakan-rakan dan saudara mara. Walaupun bagi pinjaman ini, anda tidak dikenakan sebarang interest atau faedah, akan tetapi hutang tetap hutang.

Jika anda berhutang atau melakukan pembiayaan dengan pihak, anda boleh mengambil perlindungan pembiayaan dalam bentuk insurans atau takaful. Jika berlaku kematian, maka hutang-hutang anda akan dilangsaikan oleh plan insurans atau takaful tersebut.

Walaubagaimanapun, hutang dengan rakan dan saudara mara tidak mempunyai perlindungan takaful atau insurans. Jadi jika berlaku sesuatu kepada kita, maka hutang tersebut tidak dapat diselesaikan.

Oleh itu, adalah amat digalakkan untuk anda melangsaikan hutang-hutang ini dengan duit lebihan daripada moratorium.

Dana kecemasan

Ini adalah satu perkara yang sangat penting terutamanya dalam keadaan ekonomi yang serba tidak menentu sekarang. Dana kecemasan adalah sangat berguna terutamanya untuk menguruskan risiko diberhentikan kerja.

Selain itu, dana kecemasan ini juga bertujuan untuk menampung perbelanjaan one off yang agak besar seperti kerosakan kenderaan atau mana-mana bahagian rumah. Oleh itu, adalah dicadangkan untuk anda mempunyai dana kecemasan di antara 6 hingga 12 bulan gaji.

6 x gaji bulanan = dana kecemasan

Faiz Wahab

Labur

Apabila anda sudah selesaikan hutang-hutang yang dinyatakan, dana kecemasan maka adalah sangat sesuai untuk anda laburkan wang lebihan daripada moratorium. Walaubagaimanapun, anda harus ingat bahawa pelaburan adalah sesuatu yang berisiko.

Melabur unit trust dengan mudah dan dibantu oleh professional? Klik sini

Dalam keadaan pasaran yang agak tidak menentu, adalah dinasihatkan untuk anda melabur dengan lebih berhati-hati. Pastikan anda melabur di tempat yang sah dan bukannya skim pelaburan yang menipu.

Selain itu, anda juga perlu mengambil kira risiko pasaran dalam keadaan ekonomi semasa.

Kesimpulan moratorium

checklist moratorium
Checklist Moratorium

Jika anda tidak pasti apa yang perlu anda lakukan dengan wang lebihan daripada moratorium ini, anda boleh berhubung dengan penasihat kewangan berlesen dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Moratorium? Apa yang anda perlu tahu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *