Featured misleading takaful

Takaful untuk perlindungan bukan simpanan atau pelaburan

Takaful merupakan satu instrumen yang sangat penting dalam perancangan kewangan. Walaubagaimanapun ramai orang yang tersalah dalam memilih pelan mereka. Hal ini disebabkan kurangnya pengetahuan mereka berkenaan takaful. Selain itu, terdapat juga misleading yang dibuat oleh sesetengah agen.

INSURANS-TAKAFUL-BUKAN-UTK-SIMPANAN-PELABURAN-BANK-NEGARA-MALAYSIASumber: Bank Negara

Hal ini seterusnya memberi kesan kepada perancangan kewangan seseorang individu. Individu tersebut terpaksa membayar caruman bulanan yang lebih mahal. Selain itu, mereka juga tidak dapat mempunyai simpanan yang mencukupi apabila memerlukan.

Simpanan kecemasan

Antara misleading yang berlaku adalah, takaful sebagai simpanan kecemasan. Untuk pengetahuan anda, ia sangat tidak sesuai menjadi simpanan kecemasan. Hal ini kerana, apabila berlaku kecemasan, anda memelukan wang tunai dengan segera. Hal ini tidak dapat dilakukan jika anda membuat simpanan kecemasan dalam takaful.

Jika anda menggunakan takaful untuk simpanan kecemasan, anda tidak akan dapat wang tunai segera. Sebaliknya proses tersebut mengambil masa beberapa hari untuk mengeluarkan wang tunai tersebut.

Pelaburan

Selain itu, misleading yang berlaku adalah takaful sebagai pelaburan. Tidak dinafikan sekarang ada polisi takaful yang menyediakan instrument pelaburan. Walaubagaimanapun pelaburan yang dibuat untuk mewujudkan nilai tunai dalam akaun anda. Nilai tunai ini sebenarnya digunakan untuk menampung kenaikan harga caruman anda.

Ingat, pelaburan ini hanya untuk menampung kenaikan harga caruman dan bukannya untuk menjana asset yang lebih banyak.

Ini merupakan kesalahan yang sering dilakukan oleh kebanyakkan orang iaitu melabur melalui takaful. Saya kongsikan real case study daripada seorang klien saya.

client takafulSemua maklumat yang didedahkan adalah dengan kebenaran klien tersebut. Tujuan perkongsian ini sebagai panduan kepada pengguna sahaja, bukannya untuk menghentam mana-mana agen.

Real case study takaful

Klien A membayar caruman bulanan sebanyak RM200 sebulan. Manfaat yang diperoleh daripada polisi tersebut hanyalah jumlah perlindungan untuk kematian dan keiilatan kekal (TPD) sebanyak RM132,000 sahaja. Apa yang dinyatakan oleh agen tersebut adalah, polisi ini untuk tujuan simpanan.

Selepas setahun mencarum dalam polisi “simpanan” ini, klien A tergerak untuk mendapatkan servis rundingan saya. Dengan jumlah perlindungan yang sama iaitu RM132,000 klien A sebenarnya perlu membayar RM50 sahaja caruman bulanan. Klien tersebut membayar RM150 lebih mahal untuk “simpanan” tersebut. Mari kita lihat sama ada “simpanan”tersebut berbaloi ataupun tidak.

unjuran takaful XUnjuran pulangan pelaburan bersih bagi kadar pulangan X% bagi tempoh 30 tahun sebanyak RM1042.79

unjuran takaful YUnjuran pulangan pelaburan bersih bagi kadar pulangan Y% bagi tempoh 30 tahun sebanyak RM6680.43

Daripada unjuran pulangan yang dibuat, klien A dijangkan akan mendapat sekitar RM1,042.79 – RM 6,680.43 sahaja selepas membayar RM150 setiap bulan bagi tempoh 30 tahun.

Jika client tersebut tidak mengambil pelan “simpanan” ini dan hanya mengambil pelan perlindungan, beliau hanya perlu membayar RM50 untuk perlindungan. RM150 selebihnya boleh disimpan atau dilaburkan di tempat lain. Mari kita lihat pelaburan alternatif lain yang boleh digunakan oleh klien ini.

Plan alternatif ASB

asb 30 tahun

Sebagai contoh, jika klien A melabur RM150 setiap bulan dalam ASB. Anggaran kadar pulangan sebanyak 6% setiap tahun bagi tempoh 30 tahun. Kadar keuntungan bersih daripada dividen adalah sebanyak RM92,888.47. Jumlah pelaburan daripada pelaburan ASB ini adalah sekitar RM147,000!

Plan alternatif Unit Trust

ut 30 tahun

Mari kita lihat jika klien A melabur dalam unit trust dengan keuntungan sekitar 10% setahun bagi tempoh yang sama. Jumlah keuntungan bersih daripada pelaburan tersebut sekitar RM258,000. Jumlah keseluruhan pelaburan ini selepas 30 tahun adalah sebanyak RM312,000!

Berminat nak tahu apa itu unit trust? Klik sini

Kesimpulan

Sebab itu, takaful tidak sesuai dijadikan sebagai pelan simpanan atau pelaburan. Case study ini membuktikan ianya bukanlah sebagai instrument simpanan atau pelaburan yang baik. Walaubagaimanapun, kita boleh membuat tambahan pelaburan/simpanan dalam produk takaful hanya untuk menampung kenaikan caruman sahaja. Klik sini untuk mengetahui pelan takaful terbaik untuk keluarga anda

Sebaiknya, jika anda hendak melabur atau menyimpan adalah menggunakan instrument yang lain dan bukannya takaful. Jika anda berminat untuk mendapatkan servis nasihat takaful, boleh berhubung dengan licensed financial adviser anda.

Faiz Wahab

Merupakan seorang Licensed Islamic Financial Adviser yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia. Seorang pelabur saham yang aktif di Bursa Malaysia. Kenali lebih lanjut di https://faizwahab.com/faiz-wahab/

You may also like...

Popular Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Artikel ini adalah harta intelek FaizWahab.com. Sila klik button share jika anda merasakan artikel ini bermanfaat untuk dikongsi