Pelaburan unit amanah atau unit trust tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Kini anda boleh membuat pelaburan dalam unit trust secara terus dan pada masa yang sama anda masih mendapat panduan daripada penasihat kewangan berlesen yang profesional.
Hal ini sangat membantu anda kerana kini anda boleh melakukan pelaburan anda dengan sangat mudah. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan panduan daripada penasihat kewangan berlesen! Ini membantu anda untuk mencapai matlamat pelaburan anda dengan lebih cepat.
Platform ini juga menyediakan lebih daripada 400 dana unit trust untuk anda labur. Ini membantu anda untuk mempunyai akses kepada lebih banyak peluang pelaburan baik di peringkat global atau tempatan.
Jika dahulu anda perlu membuat temu janji dengan ejen anda dan mengambil masa yang lama. kini, anda boleh membuka akaun, menguruskan akaun atau menambah pelaburan dengan mudah dan tidak perlu menunggu lama.
Langkah pertama, klik di sini dan anda akan dibawa ke portal FAME.
Anda perlu klik pada Individual Account untuk membuka akaun peribadi.

Pastikan anda melepasi syarat-syarat untuk mula melabur seperti had umur melebihi 18 tahun. Anda juga perlu mengemukan beberapa dokumen.
Bagi rakyat Malaysia, anda perlu menyediakan salinan kad pengenalan. Bagi bukan rakyat Malaysia, anda perlu mengemukakan salinan pasport anda untuk tujuan ini.

Masukkan nombor telefon anda kemudian klik pada Send Security Code. Setelah selesai semua maklumat di isi, sila tekan “Next”.

Masukkan maklumat majikan atau pekerjaan anda dan tekan “Next”.

Selesaikan maklumat “FATCA” berikut dan tekan “Next”.

Isi “CRS” dengan lengkap dan tekan “Next”.

Sila muat naik atau upload salinan kad pengenalan atau pasport anda dan tekan “Next”.

Semak semua butiran yang anda kemukakan adalah betul dan tepat. Kemudian tekan “Comfirm”.

Kemudian, anda akan diminta untuk mengesahkan pembukaan akaun anda.

Setelah selesai, anda akan membuat “Verification Transfer”. Dan tekan “Next”.

Tahniah! Pembukaan akaun anda selesai!

Keseluruhan proses ini mengambil masa begitu cepat dan anda tidak perlu menunggu lagi untuk memulakan pelaburan anda sekarang. Mudah kan?
Jika anda mempunyai sebarang soalan, anda boleh berhubung dengan bahagian teknikal melalui chatbox yang tersedia.
Proses pembukaan akaun anda akan mengambil masa sehingga 2 hari bekerja. Setelah selesai pembukaan akaun, anda akan dihubungi oleh penasihat kewangan berlesen di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang profesional untuk membantu anda melakukan pelaburan pertama anda.
Boleh saya tahu beza individual account dan joint account
Individual account unti individu. Kalau joint account untuk suami dan isteri sebagai contoh
Kalau belum bekerja tak boleh eh
Kalau belum kerja need to go through appointment first. Please do email me at mr.faizwahab.@gmail.com. Thanks