pelaburan unit amanah kwsp

Melabur unit amanah secara terus melalui KWSP

Selama ini, ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berminat untuk melabur dalam unit amanah perlu melalui ejen atau wakil syarikat unit amanah untuk membuat pelaburan.

Akan tetapi, dengan perkembangan terkini, ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini boleh melabur dalam dana unit amanah yang ditawarkan oleh institusi pengurusan dana yang diluluskan oleh KWSP melalui platform i-Invest memalui perkhidmatan layan diri dalam i-Akaun (Ahli) portal.

Caj jualan

Dalam satu kenyataan hari ini, dana pencen itu berkata bagi ahli di bawah umur 55 tahun, pelaburan boleh dibiayai terus dari bahagian simpanan ahli yang layak di bawah Akaun 1, dengan caj jualan dari 0%-0.5% dari jumlah transaksi.

Ini merupakan salah satu langkah yang sangat proaktif daripada pihak KWSP kerana ianya memudahkan ahli KWSP yang mana tidak lagi perlu untuk berjumpa dengan wakil atau ejen unit amanah. Selain itu, pengurangan caj jualan daripada 3% kepada maksimum 0.5% adalah salah satu perkara yang sangat menguntungkan semua ahli KWSP.

Sebagai contoh, ahli yang melabur sebanyak RM100,000 sebelum ini dikenakan caj sebanyak RM3,000. Akan tetapi, dengan pendekatan yang baharu daripada KWSP, caj maksimum yang dikenakan hanyalah RM500 sahaja. Ini adalah penjimatan sebanyak 83.33% bagi caj jualan yang dikenakan kepada ahli KWSP.

Kelayakkan melabur unit amanah

Ahli boleh memindahkan dari Akaun KWSP mereka sehingga 30% dari jumlah yang melebihi simpanan asas, untuk dilaburkan dalam dana yang layak. Ahli-ahli juga boleh membuka akaun untuk melabur dalam dana unit amanah dengan mana-mana syarikat pengurusan dana melalui kemudahan baru ini.

Sementara itu, anggota berusia 55 tahun keatas boleh menggunakan i-Invest menggunakan Akaun 55 atau Akaun Emas melalui i-Akaun sebagai cara pengeluaran, tertakluk kepada mengekalkan minimum RM1,000 dalam akaun mereka.

i-Invest menyediakan fleksibiliti, fungsi dan kemudahan yang lebih besar untuk ahli melabur, mengurus dan memantau pelaburan unit amanah mereka bila-bila masa dan di mana sahaja.

Ia juga membolehkan ahli-ahli untuk membandingkan dana unit amanah yang berbeza yang ditawarkan oleh syarikat pengurusan dana, memantau dana pelaburan mereka melalui i-Akaun mereka, dan mencari maklumat mengenai kos pelaburan, prestasi sejarah, serta maklumat lain yang diperlukan

Tunku Alizakri Alias , Ketua Pegawai Eksekutif KWSP

KWSP mempunyai garis panduan yang ketat untuk syarikat pengurusan dana untuk mematuhi, untuk menjaga integriti skim itu dan kepentingan anggota yang mengambil bahagian, serta memastikan bahawa syarikat pengurusan menjalankan tugas mereka dengan tekun dan bertanggungjawab.

Bagi tempoh 2019/2020, sejumlah 389 dana dari pelbagai kategori, iaitu ekuiti, aset bercampur, bon, pasaran wang dan amanah harta, diluluskan di bawah Skim Pelaburan Ahli KWSP.

Walaubagaimanapun, adalah dinasihatkan kepada para pelabur yang ingin membuat pelaburan sendiri mendapatkan khidmat nasihat perancang kewangan berlesen bagi membantu anda membuat pertimbangan apabila melakukan pelaburan. Ini bagi memastikan anda membuat keputusan yang tepat sebagai seorang pelabur.

Ikuti kami bagi membantu anda membuat keputusan yang tepat agar anda mencapai kebebasan kewangan dengan lebih cepat

Subscribe now for Free

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *