Melabur Matawang Kripto (Cryptocurrency) di Malaysia

Melabur Matawang Kripto (Cryptocurrency) di Malaysia

Matawang kripto atau cryptocurrency bukanlah satu aset yang baharu. Ianya menjadi satu perbualan yang hangat terutamanya dalam dunia trader atau pedagang. Manakan tidak ianya antara kelas pelaburan yang mencatatkan keuntungan yang sangat besar dan ini menyebabkan ramai orang mula berminat dengan cryptocurrency ini.

Cryptocurrecy adalah satu kategori yang sangat luas yang mana menurut Statista terdapat lebih 6000 mata wang kripto yang disenaraikan. Bitcoin menjadi pelopor utama dalam mata wang kripto ini apabila hari ini telah mencecah $1,220,863,011,456 “market capitalisation”. Menurut CoinBase, Ethereum jatuh pada tangga yang kedua dengan market capitalisation berjumlah $490,875,299,248. XRP pula berada di tangga yang ke 7 dengan market capitalisation berjumlah $53,513,799,150.

Dengan peningkatan yang mendadak dalam mata wang kripto ini, ramai pelabur terutamanya golongan muda mula berminat untuk menceburi pelaburan ini. Bagi saya ianya menawarkan satu peluang pelaburan yang baik. Mata wang kripto ini bukan sahaja menarik minat pelabur-pelabur runcit, malahan ia juga berjaya menarik pelabur-pelabur institusi.

Cryptocurrency di Malaysia

Di Malaysia, mata wang kripto adalah di bawah seliaan pihak Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia. Pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia memainkan peranan yang sangat penting bagi melindungi para pelabur daripada terjebak dengan skim-skim penipuan mata wang kripto di luar sana. Oleh itu, adalah sangat penting bagi kita untuk memastikan pelaburan yang dibuat adalah betul dan kita tidak terlibat dengan skim atau sindiket penipuan.

Untuk rakyat Malaysia, untuk memulakan pelaburan dalam mata wang kripto ini, anda boleh menggunakan beberapa platform Digital Asset Exchanges (DAX) yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Antaranya adalah:

  • Luno Malaysia Sdn. Bhd.
  • MX Global Sdn Bhd
  • SINEGY Technologies (M) Sdn. Bhd.
  • Tokenize Technology (M) Sdn. Bhd.

Bagi saya setiap platform DAX mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Anda boleh mencuba setiap platform yang ada bagi membolehkan anda merasai pengalaman atau “user experience” yang berbeza. Bagi saya, platform Luno adalah lebih ringkas dan mudah digunakan. Selain itu, Luno juga menawarkan bilangan mata wang kripto yang lebih luas. Jika anda berminat untuk mendaftar akaun Luno dan dapat percuma bitcoin, boleh menggunakan pautan ini.

Hukum Cryptocurrency

Sudah pasti pembaca ingin mendaptkan maklumat berkaitan hukum melabur dalam mata wang kripto ini. Satu artikel berkaitan hukum cryptocurrency telah ditulis sebelum ini. Suka untuk saya memetik kembali dalam tulisan sebelum ini, hukum ini tertakluk kepada mata wang kripto yang didagangkan di bawah seliaan pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan ianya tidak terpakai untuk platform lain di luar seliaan mereka.

Dapatkan lebih banyak update terkini berkaitan matawang kripto atau cryptocurrency di FaizWahab.com dan channel telegram kami. To The Moon!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *