Personal loan kahwin perangkap kewangan!

Pinjaman peribadi kahwin atau personal loan kahwin menjadi satu trend bagi anak muda zaman sekarang. Antara penyumbang kepada trend ini antaranya adalah kebanyakkan anak muda tidak menyediakan simpanan bagi tujuan perkahwinan.

Dalam perancangan kewangan, tabung atau dana perkahwinan antara matlamat kewangan yang diambil kira apabila melibatkan seorang yang masih bujang. Hal ini kerana, tidak dapat dinafikan bahawa kos perkahwinan zaman sekarang agak tinggi.

Kos perkahwinan yang tinggi

Secara umumnya kos perkahwinan secara purata bagi zaman sekarang adalah bermula sekitar RM25,000 hingga RM100,000. Walaubagimanapun, kos ini lebih besar jika anda merancang untuk mengadakan majlis yang lebih mewah.

kos kahwin sekarang
Purata kos kahwin lelaki Melayu

Jika anda dapat berbincang dengan pihak keluarga untuk mengurangkan kos ini adalah lebih baik. Walaubagaimanapun, lebih baik anda bersedia dengan jumlah yang lebih bagi menampung kos-kos luar jangka. Jika ada lebihan, simpanan tersebut boleh digunakan bagi memulakan hidup bersama-sama dengan pasangan selepas kahwin.

Personal loan kahwin

Apabila anda mengambil personal loan kahwin, anda harus tahu bahawasanya anda melakukan kerugian. Ini kerana personal loan kahwin dikategorikan sebagai satu hutang yang jahat atau bad debt.

Hutang jahat bermaksud hutang yang tidak menjana sebarang pendapatan. Ianya adalah satu liabiliti yang memakan duit daripada poket kita setiap bulan.

Kenapa personal loan kahwin jahat?

Apabila anda membuat pembiayaan atau pinjaman pada pihak bank, interest atau bank profit akan dikenakan kepada anda. Jika anda meminjam RM50,000 jumlah yang anda bayar semula pada pihak bank adalah lebih daripada RM50,000.

Menggunakan personal loan calculator dapat membantu anda memahami kenapa personal loan kahwin ini bukanlah satu langkah yang bijak.

Klik sini untuk personal calculator Malaysia

Katakan Encik Ismail membuat pinjaman sebanyak RM50,000 dengan kadar keuntungan bank 4.5% bagi tempoh 5 tahun. Bayaran bulanannya adalah RM 1,020.83 sebulan. Ilustrasi kes ini adalah seperti berikut.

personal loan kahwin 5 tahun
Pinjaman 5 tahun

Jumlah yang anda perlu bayar kepada pihak bank adalah RM61,250! Ini bermaksud anda telah membayar tambahan sebanyak RM11,250 kepada pihak bank.

Pinjaman 9 tahun

Perkara ini lebih buruk jika anda memanjangkan tempoh pinjaman anda. Sebagai contoh, Encik Ismail memanjangkan tempoh pinjamannya daripada 5 tahun kepada 9 tahun dengan kadar keuntungan bank yang sama. Bayaran bulanannya adalah RM650.46 sebulan sahaja.

pinjaman peribadi kahwin 9 tahun
Pinjaman 9 tahun

Bagi tempoh pinjaman yang sama untuk tempoh 9 tahun, kelihatan lebih baik kerana bayaran bulanan adalah lebih rendah iaitu dari RM1020 kepada RM650 sahaja. Akan tetapi, apa yang kita tidak sedar adalah kita terpaksa membayar interest atau keuntungan bank yang lebih banyak.

Apabila memanjangkan tempoh pinjaman kepada 9 tahun, kita terpaksa membayar sebanyak RM20,250 kepada pihak bank daripada RM11,250. Ini bermaksud kita membayar tambahan sebanyak RM9,000.

Walaupun kita merasa membayar pinjaman tersebut lebih murah setiap bulan, akan tetapi jumlah yang kita bayar kepada pihak bank adalah lebih tinggi.

Kesimpulan

Daripada ilustrasi ini, dapat difahami bahawa membuat personal loan kahwin atau pinjaman peribadi kahwin adalah satu langkah yang kurang bijak.

Ini kerana ia menjadi hutang yang jahat memakan cashflow kita setiap bulan. Selain itu, kadar keuntungan bank atau effective interest rate yang dikenakan kepada kita juga adalah tinggi.

Adalah lebih baik kita mula menyimpan sekarang agar memudahkan untuk berkahwin kelak dan tidak terpaksa mengambil pinjaman peribadi kahwin. Anda boleh menghubungi perancang kewangan berlesen bagi mendapatkan khidmat nasihat professional.

Ikuti kami bagi memudahkan anda mencapai financial freedom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *