Loan Anda Akan Jadi Mahal!

Loan jadi mahal

Sekarang bukan main seronok betul korang buat loan. Tapi jangan lupa, lepasni loan korang akan jadi mahal. Haa, pelik kan macam mana loan tetiba boleh jadi mahal? Ikuti posting ni kalau korang nak tahu macam mana loan boleh jadi mahal.

Baru-baru ni Fed menyatakan mereka mungkin akan menaikkan antara 2-4 kali interest rate untuk melawan isu inflasi yang melanda negara US. Sudah tentu apabila Fed mula untuk menaikkan interest rate mereka, bank-bank pusat yang lain akan mula untuk menaikkan kadar interest untuk menjadikan matawang mereka kekal attractive berbanding USD.

So bila interest naik, maka kita as consumer pun akan terkesan sekali. Antara kesan utama peningkatan interest ni untuk kawal inflasi. Mesti korang perasan kan yang recently barang naik harga kaw-kaw disebabkan oleh kadar inflasi yang lebih tinggi daripada biasa. So bila dengan kenaikan interest rate ni, kadar inflasi akan dijangka lebih terkawal.

Haa, tapi bukan setakat tu je, interest ni jugak akan effect korang punya kadar pinjaman. Let say korang sekarang membayar RM452 untuk loan RM100,000, so bila interest rate naik kadar bayaran korang pun naik la. Let say la kenaikan sebanyak 50 basis points, so korang kena bayar RM480 untuk loan yang sama. Kalau la kenaikkan tu sebanyak 75 basis point, korang punya monthly installment akan jadi RM495.

Kiraan ni dengan assumption spread bank atau bank profit dalam keadaan yang sama dan tidak ada perubahan. Apa-apa pun dekat sini korang kena ready jangan nak gatal tangan buat loan banyak sangat. Kalau bayar loan dalam keadaan interest rate rendah ni pun korang dah senak, so kena beringat la nanti interest rate naik, instalment korang pun naik.

So saya ada sediakan sensitivity analysis untuk beberapa keadaan loan yang berbeza. Boleh la guna ni untuk estimation berapa yang korang kena bayar nanti. Untuk lebih tepat, anda boleh menggunakan calculator ini.

Tapi anda kena ingat, benda ni terkesan kepada mereka yang ambil loan jenis flexi rate sahaja. Kalau ambil fixed rate, so anda tidak akan terkesan. Apa-apa pun, kita akan tunggu pengumuman yang akan diumumkan oleh pihak BNM tentang kadar faedah yang akan dikenakan nanti

Leave a Reply

Your email address will not be published.