First gaji fresh graduate

Lima perkara yang fresh graduate boleh buat bila dapat first gaji

Gaji pertama ataupun first gaji adalah satu momen dalam hidup yang sangat indah. Yela, dah beberapa tahun berhempas pulas belajar, berapa kali masuk interview akhirnya anda dapat merasa gaji pertama anda. Akhirnya anda boleh belanja sesuka hati menggunakan duit hasil titik peluh anda sendiri.

Sudah tentu anda berkira-kira nak buat apa dengan gaji pertama anda. Ada yang masih belum ada perancangan gaji pertama nak buat apa. Ada pula yang dah mula nak merancang nak beli itu dan ini bila dah dapat gaji pertama. Nanti dulu, sebelum anda nak plan gaji pertama nak buat apa, cuma semak dulu panduan di bawah ini.

Set bajet

Pertama sekali sebelum anda nak belanja duit tu, make sure anda ada buat bajet supaya apa yang anda nak belanjakan tu tidak melebihi daripada apa yang ada dapat. Benda ni nampak macam simple, tapi sebenarnya bila dah seronok belanja, kita sering teroverspend sebab dah lupa diri.

Kenapa orang hilang duit dari pelaburan?

Sebab itu budgeting itu adalah salah satu langkah untuk mengelakkan anda daripada terlebih belanja. Selalunya saya akan meletakkan sehingga 60% sahaja yang akan dibelanjakan sebab masa first time kita buat budgeting ni, banyak benda yang kita terlepas pandang. So bagi la ada buffer lebih sikit supaya kita ada ruang untuk perkara-perkara yang kita lupa masukkan dalam budget kita.

Ada beberapa apps yang boleh bantu anda buat budget ni. Nak mudah boleh guna MS Excel je nak buat budget ni. Kalau rasa malas sangat, guna pen dan kertas pun dah boleh buat. Tak kira la anda guna apa medium pun, yang penting kita buat dan follow. Buat canggih sangat pun tapi tak follow apa gunanya.

Belanja keluarga

First sekali kita dapat gaji, belanjalah ahli keluarga. Ini adalah sebagai salah satu cara untuk kita tunjukkan penghargaan terhadap ahli keluarga kita. Selama ini merekalah yang bersusah payah bersama-sama dengan kita.

Kalau yang masih bujang tu, belanja la mak ayah. Bukannya apa, kita nak minta berkat doa mak ayah untuk kita dimudahkan segala urusan. Kalau nak beli microwave oven  atau termomix dekat mak pun boleh, tapi make sure belanja tu follow kita punya budget plan dan bukannya sampai kita terpaksa berhutang.

Rahsia menjadi Raja Hutang!

At least spend la sekitar 10-15% untuk keluarga. Kalau anda dah berkahwin tu, ajak la isteri dan anak-anak makan sedap sikit. Kalau takut dine in dekat luar semasa musim pandemik ni, boleh je order penghantar makanan atau beli bahan mentah dan masak sendiri di rumah. Ni nak kasi special sikit la moment tu supaya pasangan anda pun happy bersama anda.

Bagaimana nak rancang masa depan anak?

Sedekah

Bab ini pun sangat penting, saya percaya semua agama menggalakkan kita untuk memberi kepada orang lain. Terutamanya dalam keadaan ekonomi yang agak kurang stabil, maka tak salah kita bantu orang lain yang memerlukan. Ini sebagai satu tanda kita rasa bersyukur tatkala ramai orang kehilangan pekerjaan, kita mendapat peluang bekerja.

Yang ini terpulang la pada anda nak spend berapa. Tapi boleh la guna panduan sekitar 5-10% daripada pendapatan anda untuk bahagian ni. Nak bagi lebih pun silakan.

Shopping

Ha, pelik kan seorang financial planner suru anda shopping? Selalunya financial planner ni suruh orang simpan duit dan melabur je. Ya betul anda perlu shopping barang-barang yang berkaitan dengan pekerjaan anda. Kalau anda seorang lelaki, anda memerlukan kemeja yang sesuai dengan pekerjaan anda. Takkan nak pakai baju yang sama masa pergi kuliah zaman student dulu kan? Ataupun korang memerlukan satu safety boot baru, so boleh la guna allocation ni.

Kalau anda seorang wanita pula, anda mungkin memerlukan baju baharu, set make up dan sebagainya. Minta maaf la, saya ni lelaki tak tahu sangat barang-barang wanita. But I hope you get the point here.

Tak suruh belanja banyak sangat pun bab ni, sebab bulan-bulan yang mendatang, akan ada gaji lagi. So set la satu bulan satu baju baru atau satu jam baru. So boleh juga allocate sekitar 10-15% untuk yang ini.

Cukai

Eh first gaji dah kena cukai ke? Cuba bawa bertenang anak muda. Bab cukai je ramai orang yang takut dan menjadi kaget. Sebenarnya, korang just perlu buka fail cukai dengan pihak LHDN. Tak semestinya bila dah dapat gaji akan kena cukai. Ianya akan bergantung kepada berapa pendapatan korang. So tak payah nak takut sangat untuk buka fail cukai OK?

Isytihar cukai ni sangat penting terutamanya bilamana anda nak dapatkan pembiayaan daripada pihak bank kemudian. Kalau anda tak declare cukai, anda bukan sahaja melakukan kesalahan, tapi ianya akan menyukarkan anda mendapat pembiayaan daripada pihak bank nanti.

So inilah panduan 5 perkara yang anda boleh buat untuk mereka yang baru dapat first gaji. Yang lain tu korang nak spend takde masalah untuk bab yang lain. Yang penting dekat sini jangan terlebih belanja. Lagi baik kalau first gaji ni korang dah plan untuk simpan dan investment. Yang ini saya akan cover dalam posting yang akan datang berkenaan “3 bulan gaji pertama, penentu bahagia atau derita”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *