leverage margin financing

Leverage? Bagus ke tak bagus

Sekarang ni ramai investor dan trader di luar sana yang terdedah kepada leverage or margin dalam investment/trade mereka. So bagus ke leverage ni?

Ianya bagai satu alat yang boleh bantu kita grow kita punya wealth, pada masa yang sama, kalau tak dilakukan dengan betul, ianya boleh makan diri.

So untuk paham concept leverage ni, ibarat kita nak beli sesuatu dengan meminjam pada bank. Let say nak beli saham XXX buat personal loan or beli rumah guna pinjaman bank. Kita ada capital 100k je, tapi nak henjut sampai 200k which is 2x leverage.

leverage trading margin
Illustrasi leverage 2x dan 1x

Bilamana kita buka margin atau leverage ni, so kita ada 100k sendiri dan akan meminjam dekat bank sebanyak 100k lagi. Total trade at stake kita adalah pada 200k. Katakanlah loss 30%, so total akan tinggal baki 140k. Let say kita pun cut loss dan close position so kena bayar balik dekat bank 100k, end up kita ada 40k je dalam akaun kita.

Untuk kita balik kepada jumlah asal kita which is 100k, or kita panggil break even, so next trade kita kena gain sebanyak 150%!

Tapi kalau la kita tak guna leverage, nilai portflio kita cuma drop sebanyak 30k sahaja. Disebabkan kita tak pinjam dekat siapa-siapa, so tak payah la bayar balik. Our new portfolio tinggal 70k, untuk breakeven, kita cuma perlu gain sebanyak 43% saja untuk break even. Haaa, beza kan 150% dengan 43%.

To make it worst, banyak pulak broker dan pelaburan di luar sana yang kasi sampai 10x leverage. So lagi sedap la kita henjut, modal 100k boleh layan sampai 1M! Tapi sabar dulu saudara dan saudari, it just take 10% loss untuk hanguskan semua modal kita!

Lagi besar leverage ratio kita, lagi cepat modal kita hangus.

Faiz Wahab

Sebabtu tools ni tak semua orang sesuai pakai. Even professional pun nak buka positon ni dia tak buka buta-buta je macam retail investor/ trader dekat luar sana.

Jadi nasihat saya, sebelum korang nak guna margin/leverage instrument ni, so nak kena fikir panjang sikit. Bukan setakat tengok return je, tapi kena tengok jugak risk yang datang sekali dengan return tu.

For simplicity, kiraan ni assume margin/ leverage cost at 0. Dalam real life, mesti kena include sekali dengan cost of financing ni.

So korang rasa benda ni bagus ke tak bagus? Cuba tinggal komen di bawah

Nak dapatkan lebih banyak update berkenaan kewangan dan pelaburan? Join channel Telegram secara percuma dan jangan lupa subscribe FaizWahab.com

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *