Mudahnya labur saham Malaysia

Mudahnya labur saham Malaysia

Saham adalah pelaburan yang sangat menarik untuk diceburi. Dengan pelaburan saham, anda boleh menggandakan aset anda dengan lebih cepat.

Seperti mana-mana pelaburan, pelaburan saham hendaklah disertai dengan ilmu. Berikut adalah panduan asas untuk anda mula menceburkan diri dalam pelaburan saham Malaysia.

Klik sini untuk mengetahui apa itu saham?

Akaun CDS

Antara perkara yang anda perlu ketahui untuk mula melabur saham adalah anda perlu ada akaun CDS. Apa itu CDS? CDS bermaksud Central Depository System.

CDS bertindak sebagai kaedah untuk mewakili pemilikan dan pergerakan sekuriti. Pemegang akaun CDS menikmati kemudahan seperti memperoleh pemindahan sekuriti dan penyelesaian dagangan secara elektronik.

Bagi membuka akaun CDS, anda perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Seorang individu yang telah mencapai umur lapan belas (18) tahun pada tarikh permohonan.
  2. Sebuah perbadanan dalam konteks Seksyen 4 Akta Syarikat 1965.
  3. Mana-mana badan korporat yang diperbadankan dalam Malaysia dan secara notis, diterbitkan melalui Warta, diisytiharkan sebagai pihak berkuasa awam atau instrumen atau Agensi bagi Kerajaan Malaysia atau oleh mana-mana negeri Malaysia.
  4. Sebuah persatuan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkait dengan persatuan koperasi.
  5. Sebuah amanah atau perbadanan amanah yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.
  6. Mana-mana pertubuhan yang didaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966.
  7. Badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen.

Cara buka akaun CDS

Akaun CDS boleh dibuka di mana-mana broker saham yang berlesen. Ada juga broker yang menawarkan akaun islamik yang sesuai untuk pengguna yang mengambil berat isu kepatuhan syariah. Jadi tiada halangan untuk Muslim terlibat dalam pelaburan saham.

Klik sini untuk mengetahui broker saham yang terbaik!

Anda juga boleh membuka lebih daripada satu akaun CDS. Jadi tiada masalah untuk anda mempunyai satu atau lebih akaun CDS pada satu-satu masa. Anda juga boleh memindahkan saham daripada satu akaun ke akaun yang lain pada bila-bila masa.

Untuk membuka akaun CDS, anda perlu menyediakan;

  • Caj pembukaan sebanyak RM10
  • Salinan penyata bank
  • Salinan kad pengenalan
  • Slip gaji bagi sesetengah broker saham. Jika anda masih belajar, anda boleh menggunakan slip gaji ibu bapa. Bergantung kepada broker yang anda gunakan.

Jenis Akaun CDS

Setelah mengetahui apa itu CDS, dan cara membukanya, kita juga perlu mengetahui beberapa jenis akaun CDS yang ada. Ini akan membezakan dari sudut pegangan saham anda.

Direct CDS

Akaun ini memberikan anda akses secara terus. Dalam erti kata lain, apabila anda membeli saham, nama anda sendiri akan disenaraikan sebagai salah seorang pemegang saham syarikat tersebut.

Bayaran dividen akan dikreditkan terus ke dalam akaun anda. Anda juga akan menerima jemputan untuk menghadiri mesyuarat agung tahunan atau Annual General Meeting (AGM) syarikat. Anda boleh membeli saham IPO dengan akaun ini.

Nominee CDS

Bagi akaun nominee CDS pula, anda akan menjadikan syarikat broker sebagai wakil anda. Apabila anda membeli saham syarikat, nama broker anda yang akan disenaraikan sebagai pemegang saham syarikat dan bukannya anda.

Bayaran dividen akan dimasukkan ke dalam trust akaun nominee anda. Untuk jenis akaun ini anda tidak boleh gunakan untuk membeli saham IPO.

Anda secara teknikalnya tidak boleh hadir ke AGM, walaubagaimanapun anda boleh memohon borang proksi kepada syarikat broker anda untuk menghadiri AGM syarikat yang anda labur.

Di antara kedua-dua ini, saya lebih gemar untuk menggunakan direct CDS berbanding nominee CDS.

Apa selepas akaun CDS?

Setelah selesai membuka akaun CDS, anda akan mendapat satu trust account dan trading account daripada syarikat broker saham anda. Anda boleh membeli dan menjual saham apabila anda memasukkan duit ke dalam trust account anda.

Untuk membeli saham, anda perlu login ke trading account anda untuk mendapatkan akses ke dalam trading platform. Anda perlu tekan buy untuk membeli saham, dan tekan sell untuk menjual saham dalam pegangan anda.

Platform saham Malaysia

Kebanyakkan broker menyediakan tutorial untuk anda memahami trading platform anda. Paparan bagi trading platform dari satu akaun dengan satu akaun yang lain adalah berbeza.

Klik sini untuk mengetahui cara menjana keuntungan dalam saham

Cara memilih saham Malaysia

Terdapat beberapa jenis analisis saham yang anda boleh gunakan. Antaranya adalah analisis fundamental dan analisis teknikal. Jom kita ketahui perbezaan kedua-dua jenis analisis ini.

Analisis Fundamental

Mengkaji kedudukan kewangan sesuatu syarikat. Bagi jenis analisis ini, anda hendak mengetahui sama ada syarikat berada dalam satu keadaan yang baik untuk dilaburkan atau tidak.

Analisis Teknikal

Mengkaji pergerakan harga saham sesuatu syarikat. Bagi jenis analisis ini, anda hendak mengetahui bilakah masa yang sesuai untuk melabur dalam syarikat tersebut.

Untuk mengetahui jenis-jenis analisis saham ini dengan lebih lanjut, anda boleh mendapatkan ebook berikut. Sila klik sini.

ebook saham malaysia

Anda boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada professional untuk membantu anda untuk membuat keputusan pelaburan anda hari ini.

Comments

  1. Tuan rasa student boleh terlibat tak dalam saham nie? Dan jika ya boleh saya tahu berapa nilai minima yang berpatutan untuk kita mula melabur saham

    1. Ada students yang terlibat dalam pelaburan saham. Saya mencaadangkan untuk bermula dengan modal sekurang-kurangnya RM1000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *