KATEGORI PELABURAN HARTANAH

3 kategori pelaburan hartanah yang anda patut tahu!

Ramai yang berminat untuk menceburi pelaburan hartanah. Tetapi sebelum anda menceburi pelaburan hartanah, anda perlu tahu jenis pelaburan hartanah yang sesuai dengan portfolio anda. Berikut merupakan 3 jenis pelaburan hartanah yang ada. Anda boleh memilih jenis pelaburan hartanah yang sesuai dengan situasi anda.

3 kategori pelaburan hartanah

Pemilikan terus

Ini adalah jenis pelaburan yang paling popular dalam kalangan pelabur hartanah. Dalam pemilikan terus, ada membeli hartanah tersebut untuk dimiliki secara terus. Sebagai contoh, anda membeli sebuah rumah untuk pelaburan. Contoh lain, anda membeli sebidang tanah untuk dimajukan atau diusahakan. Anda merupakan pemilik terus hartanah tersebut.

Tahukah anda kesilapan anak muda adalah membeli sebuah rumah?

Kelebihan dan kekurangan milikan terus

Kekurangan jenis pelaburan ini adalah, ada perlu mengeluarkan jumlah wang yang agak besar untuk membuat pelaburan ini. Selain itu, hartanah yang dimiliki juga mengambil masa untuk dijual semula kepada pembeli. Ini menyebabkan pelaburan jenis ini kurang kecairan atau liquidity.

Seseorang yang memilih jenis pelaburan ini, perlu mempunyai kuasa pegangan yang kuat. Selalunya pelabur akan menggunakan pembiayaan daripada bank untuk membantu mereka memiliki hartanah yang diingini. Jika mereka tidak dapat untuk membayar komitmen pada bank setiap bulan, ini akan menyebabkan kedudukan kewangan mereka terjejas.

Pelaburan ini juga memerlukan anda meluangkan masa yang banyak bagi menguruskannya. Jika anda sibuk dengan pekerjaan, pelaburan ini mungkin kurang sesuai dengan anda. Anda mungkin perlu mengupah staff bagi menguruskan hartanah kepunyaan anda.

Kelebihan pelaburan ini adalah, anda bebas untuk menguruskan hartanah tersebut. Ini bermaksud, anda boleh melakukan apa sahaja yang anda ingini dengan hartanah ini. Keuntungan daripada pelaburan dapat dimaksimumkan jika anda pandai menguruskan pelaburan ini.

Jenis pelaburan hartanah ini membolehkan pelabur menikmati keuntungan daripada kenaikan harga hartanah dan juga pendapatan daripada sewaan hartanah tersebut.

Milikan tidak terus

Pelaburan ini jarang dilakukan oleh Peruncitan investor atau pelabur runcit. Ini kerana anda memelukan sejumlah wang yang besar untuk menjadi pelabur ini. Dalam jenis pelaburan ini, anda membeli sukuk yang disandarkan kepada aset hartanah.

Sebagai contoh, kerajaan Malaysia mengutarakan sukuk ijarah yang disandarkan kepada bangunan hospital. Sebagai seorang pelabur, anda membeli sukuk tersebut pada harga RM1 juta untuk tempoh 5 tahun. Pihak kerajaan akan membayar sewa hospital tersebut kepada anda pada kadar 5% setiap tahun. Pada akhir tahun ke-5, pihak kerajaan akan membeli semula hospital tersebut dengan harga RM1 juta.

Oleh kerana sukuk biasanya dijual dalam nilai yang besar, ini menjadikan ia terbatas untuk dilanggan oleh pelabur runcit. Salah satu cara pelabur runcit untuk mempunyai akses untuk melabur dalam pelaburan ini adalah melalui unit trust.

Kelebihan dan kekurangan milikan tidak terus

Kelebihan pelaburan ini adalah, anda tidak perlu risau dengan kadar pulangan yang anda akan dapat. Ini kerana terdapat perjanjian sewaan daripada pihak yang mengeluarkan sukuk tersebut. Oleh itu, ini menjadikan pelaburan ini berisiko rendah.

Akan tetapi, pelaburan ini memerlukan modal yang amat besar. Ini menjadikan pelaburan ini kurang sesuai untuk pelabur runcit. Walaubagaimanapun, pelabur runcit boleh melabur menggunakan unit trust bagi jenis pelaburan hartanah ini.

Pelaburan ini juga tidak sesuai bagi mereka yang menjangkakan kenaikan harga hartanah. Ini kerana, tiada kenaikan harga yang dicatatkan. Keuntungan yang diperoleh adalah melalui hasil sewaan sahaja.

REITs

pelaburan hartanah reitsSumber: Seeedly

Reits bermaksud real estate investment trusts. Ini bermaksud anda melabur dalam satu syarikat pengurusan hartanah. Sebagai contoh, anda melabur dalam KLCC REIT, anda sebenarnya melabur syarikat pengurusan hartanah KLCC. Antara hartanah yang dipunyai oleh syarikat ini adalah Menara Berkembar Petronas, Menara 3 Petronas dan Menara ExxonMobil. Hartanah-hartanah ini disewakan kepada syarikat-syarikat lain.

pelaburan hartanah klcc reitsSumber: KLCC Reits

Sebagai contoh, di Menara Berkembar Petronas, ada sebahagian yang disewakan untuk dijadikan pejabat. Dalam menara ini juga terdapat lot-lot kedai yang disewakan di Suria KLCC. Keuntungan pendapatan daripada sewaan ini akan dibahagikan kepada para pelabur mengikut jumlah pelaburan mereka.

Berikut merupakan senarai REITS yang terdapat di Bursa Malaysia.

Nama Portfolio Singkatan
1. Amanah Harta Tanah PNB Peruncitan, Pejabat AHP
2. Al-Aqar Healthcare REIT* Kesihatan, Hotel ALAQAR
3. Al-Salam REIT* Pejabat, Industri ALSREIT
4. AmFirst REIT Pejabat, Peruncitan, Hotel AMFIRST
5. Amanah Raya REIT Industri, Pejabat, Hotel, Peruncitan ARREIT
6. Atrium REIT Industri, Gudang, Pejabat ATRIUM
7. Axis REIT* Industri, Pejabat, Gudang AXREIT
8. Al-Hadharah Boustead REIT Ladang sawit, Kilang sawit BSDREIT
9. Capital Malls Malaysia Trust Peruncitan CMMT
10. Hektar REIT Peruncitan HEKTAR
11. IGB REIT Peruncitan, Hotel IGBREIT
12. KLCC REIT* Peruncitan, Pejabat KLCC
13. Pavillion REIT Peruncitan, Pejabat PAVREIT
14. Quill Capita Trust Komersial, Parkir, Pejabat, Industri QCAPITA
15. Starhill REIT Komersial STAREIT
16. Sunway REIT Peruncitan, Hotel, Pejabat SUNREIT
17. Tower REIT Pejabat TWRREIT
18. UOA REIT Pejabat UOAREIT

*REITS patuh syariah

Kelebihan dan kekurangan REITs

Pelaburan ini sangat menarik kerana ianya tidak memerlukan anda untuk mempunyai jumlah wang yang banyak untuk melabur dalam sektor hartanah. Anda boleh memulakan pelaburan anda walaupun anda hanya mempunyai RM1000 sahaja.

Selain itu, pelaburan ini juga amat menarik kerana anda tidak perlu meluangkan masa yang banyak bagi menguruskan pelaburan anda. Hal ini kerana, pelaburan anda akan diuruskan oleh syarikat tersebut.

Selain menikmati pendapatan dalam bentuk dividen, pelaburan ini juga memberikan anda peluang untuk menikmati kenaikan harga. Purata dividen bagi pelaburan REITS ini adalah sekitar 5-7%. Ini adalah sangat menarik kerana anda tidak perlu bersusah-payah menguruskan hartanah tersebut!

Selain itu, REITS juga lebih mudah untuk dijual semula kepada pembeli berbanding jenis pelaburan hartanah milikan terus dan milikan tidak terus. Ini menjadikan kecairan bagi pelaburan ini adalah tinggi.

Kesimpulan pelaburan hartanah

Anda boleh memilih jenis pelaburan hartanah yang sesuai mengikut situasi anda. Tidak ada satu pelaburan yang ultimate. Semuanya berbeza mengikut keperluan dan tujuan pelaburan masing-masing. Keliru dengan jenis pelaburan yang sesuai dengan anda? Hubungi penasihat kewangan anda untuk memudahkan anda untuk mengetahui jenis yang manakah sesuai untuk anda.

Faiz Wahab

Merupakan seorang Licensed Islamic Financial Adviser yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia. Seorang pelabur saham yang aktif di Bursa Malaysia. Kenali lebih lanjut di https://faizwahab.com/faiz-wahab/

You may also like...

Popular Posts

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Artikel ini adalah harta intelek FaizWahab.com. Sila klik button share jika anda merasakan artikel ini bermanfaat untuk dikongsi