jangan beli rumah

Jangan beli rumah!!

Kebelakangan ini menjadi satu trend bagi anak muda untuk membeli rumah. Terdapat pebagai sebab kenapa anda jangan beli rumah. Dalam artikel kali ini, kami akan menghuraikan kenapa anak muda tidak perlu membeli rumah lagi.

Membeli rumah merupakan satu keputusan yang amat besar dalam hidup seseorang. Ini kerana, transaksi hartanah umumnya melibatkan satu jumlah yang sangat besar. Oleh itu, jika anda tidak membuat perancangan yang rapi, ianya mungkin akan memakan diri anda sendiri.

Berikut merupakan beberapa sebab kenapa anda jangan beli rumah sekarang.

Beli rumah vs sewa

Tidak dinafikan, kadar sewa di Lembah Klang tidaklah begitu murah. Akan tetapi, jika dibandingkan komitmen menyewa dengan komitmen bayaran bulanan, secara umumnya kadar sewa bujang lebih rendah berbanding kadar bayaran bulanan untuk sebuah rumah.

Jika anda hanya perlu duduk di sebuah bilik daripada 3 bilik di sebuah rumah, kenapa anda perlu bazirkan duit anda?

Komitmen bayaran bank bagi sebuah rumah berharga RM200,000 adalah lingkungan RM1,000 sebulan. Jika anda hanya membayar RM300 untuk sebuah bilik, maka tidaklah menjadi satu desakan bagi anda untuk membeli rumah.

Dalam keadaan ini, anda dapat menjimatkan RM700 setiap bulan! Banyak perkara yang anda boleh lakukan jika anda mempunyai lebihan RM700 setiap bulan.

RM700 tu bersamaan dengan 45 bubble tea!

Tiada deposit

Bagi kebanyakkan pembelian rumah, anda memerlukan deposit bagi membeli rumah tersebut. Secara umumnya, anda perlu sediakan deposit sebanyak 10% daripada harga rumah.

Semak kelayakan pinjaman perumahan anda disini

Ini bermaksud, jika anda hendak membeli rumah berharga RM300,000 anda perlu menyediakan RM30,000 untuk deposit rumah tersebut. Hal ini kerana secara umumnya, anda hanya akan mendapat pinjaman bank sebanyak 90% sahaja daripada harga rumah.

Klik di sini untuk cara mendapatkan sehingga 100% pinjaman perumahan

Selain itu, kos-kos lain perlu juga perlu diambil kira. Antaranya yuran penilaian, yuran guaman dan duti stem. Selain itu, kos pembaikan rumah juga perlulah diambil kira terutamanya jika anda membeli rumah daripada pasaran sekunder dan tertier atau juga dikenali sebagai subsale dan lelong.

Bagi kos ini, bolehlah dianggarkan sebanyak 5% hingga 10% daripada harga rumah yang hendak dibeli perlu diperuntukkan. Bagi rumah RM300,000 anda perlukan sebanyak RM15,000 hingga RM30,000 untuk kos-kos ini.

Deposit + Kos lain;
RM30,000 + RM15,000 = RM45,000

Jika anda tidak bersedia dengan jumlah ini, adalah dinasihatkan anda menangguhkan hasrat untuk melakukan pembelian rumah terlebih dahulu.

Adalah satu tindakan yang kurang bijak jika anda terpaksa mengambil pinjaman peribadi atau personal loan semata-mata untuk membeli rumah pertama. Ini tidak termasuk jika anda membeli rumah bagi tujuan pelaburan.

Tiada exit plan

Membeli rumah baik untuk duduk sendiri atau pelaburan merupakan satu perkara yang perlu dirancang dengan baik. Antara perancangan yang paling penting adalah jalan keluar atau exit plan.

Antara exit plan jika anda membeli rumah untuk tinggal sendiri adalah jika anda perlu bertukar tempat kerja dan apa tindakan yang akan anda lakukan untuk rumah yang dibeli tersebut. Jika anda membiarkan rumah tersebut tidak berpenghuni dan terus menerus memakan cashflow anda, ianya adalah satu tindakan yang kurang bijak.

Bagi rumah dengan tujuan pelaburan pula, exit plan adalah satu perkara yang wajib anda ada. Dalam apa-apa pelaburan, exit plan akan membantu jika pelaburan yang dirancang gagal atau tidak berjaya.

Tahukah anda, melabur hartanah dengan modal RM100 sahaja

Tanpa exit plan yang jelas, rumah yang pada asalnya dibeli untuk dijadikan aset yang menjana pendapatan akhirnya akan menjadi biawak hidup yang kita perlu tanggung untuk satu tempoh yang lama. Cuba bayangkan, sudahlah pelaburan yang dibuat gagal, apa yang lebih perit adalah anda perlu membayarnya setiap bulan bagi tempoh 30 tahun.

Beli rumah pertama, 6 perkara yang anda perlu ada

Oleh itu, exit plan adalah satu perkara yang wajib anda fikirkan sebelum anda membeli sebuah rumah. Ini kerana, apa yang kita rancang atas kertas tidak semestinya akan berjalan seperti mana yang kita rancang.

Kesimpulan

Bagi membuat keputusan membeli rumah bukanlah satu keputusan yang mudah. Akan tetpi, ini bukanlah alasan untuk golongan muda terutamanya unuk tidak membeli rumah.

Sebelum membeli sebuah rumah, 3 perkara ini perlulah diselesaikan terlebih dahulu. Ini kerana keputusan membeli rumah adalah satu keputusan berjangka masa panjang. Jika ianya tidak dibuat dengan berhati-hati, ianya akan memberi kesan kepada kewangan anda bagi satu tempoh yang lama.

Sila dapatkan khidmat nasihat daripada penasihat kewangan berlesen untuk membantu anda membuat keputusan yang tepat

Ikuti kami bagi membantu anda mendapatkan kebebasan kewangan dengan lebih cepat

Subscribe now for Free

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *