buat duit melalui internet

Macam mana nak jana pendapatan pasif melalui internet?

Passive income atau pendapatan pasif adalah pendapatan yang diperoleh daripada pelaburan atau pekerjaan yang tidak perlu dipantau setiap masa. Anda cuma perlu mengeluarkan modal sekali atau secara berkala, dan biarkan modal tersebut bekerja dengan sendiri bagi menjana pendapatan anda.

cara buat buat duit internet

Dalam zaman sekarang, kebanyakkan orang mempunyai lebih daripada satu pekerjaan. Antara sebabnya adalah kos sara hidup yang tinggi. Selain itu, ramai orang sanggup mempunyai lebih daripada satu pekerjaan kerana passive income merupakan salah satu cara untuk mempercepatkan anda untuk mencapai financial freedom.  

6 tahap financial freedom. Anda yang mana satu?

Passive income sangat sesuai untuk dilakukan kerana ianya tidak mengganggu kerja hakiki anda. Ia juga tidak memerlukan anda untuk memantau setiap masa. Dengan passive income, masa merupakan rakan anda, semakin lama ianya dibiarkan semakin banyak pendapatan anda.

Kalau berniaga online tu passive income kan?

Berniaga secara dalam talian (online) adalah merupakan satu active income. Ini kerana apabila kita berniaga, kita masih perlu bekerja dan memantau perniagaan tersebut hampir setiap masa. Apabila ada pesanan baru, kita perlu membungkus dan kemudian menghantar bungkusan tersebut. Ini berbeza dengan passive income.

Internet adalah satu lubuk emas yang tak ramai tahu. Kebanyakkan orang menggunakan internet bagi membawang di media sosial atau membaca laman-laman gosip artis. Ini adalah satu perkara yang tidak memberi manfaat kepada anda. Ada lebih baiknya anda luangkan masa untuk buat duit melalui internet.

Tahukah anda, internet adalah tempat yang paling mudah untuk anda buat passive income? Jom ketahui 5 cara buat duit melalui internet

Melabur dalam ETF

Salah satu cara buat duit melalui internet adalah dengan ETF atau exchage traded funds merupakan satu pelaburan yang sangat mudah difahami. Ianya akan secara automatik mengikut pergerakan indeks semasa. Sebagai contoh, anda melabur dalam FTSE Bursa Malaysia KLCI ETF atau nama pendeknya FBMKLCI-EA (0820EA).

Macam mana nak jana pendapatan melalui ETF? Ideanya adalah sangat mudah. Katakan anda membeli harga ETF pada harga RM1 seunit, anda perlu menjualnya semula pada harga yang lebih tinggi contohnya RM1.50 seunit. Ini menajdikan keuntungan anda sebanyak 50%!

Secara asasnya, ETF ini akan mengikut pergerakan Kuala Lumpur Composite Index (KLCI). Ini bermakna, anda akan melabur secara automatik dalam saham 30 syarikat terbesar di Bursa Malaysia. Anda boleh melabur secara pasif kerana indeks ini terus akan mengikut pergerakan KLCI secara automatik dan tidak memerlukan anda memantaunya setiap masa. Walaubagaimanapun, FTSE Bursa Malaysia KLCI ETF ini tidak patuh syariah.

Walaubagaimanapun, terdapat 6 ETF yang patuh syariah di Bursa Malaysia. Ini akan diceritakan dalam entri akan datang. Langgan channel telegram kami secara percuma untuk tidak terlepas tips pelaburan dan pengurusan kewangan terkini.

Affiliate marketing

Ini adalah salah satu lagi cara untuk anda menjana pendapatan tanpa perlu bekerja secara aktif. Affiliate marketing sangat berguna terutamanya bagi pemilik media social yang mempunyai pengikut yang ramai. Anda cuma perlu mendaftar sebagai affiliaters kemudian mempromosikan produk tersebut di media sosial anda.

Macam mana nak buat duit melalui affiliate marketing? Kebanyakkan sistem affiliate sudah tersedia oleh penjual, anda cuma perlu copy & paste link yang diberikan. Lagi best kalau ayat copy writing pun telah disediakan oleh pihak penjual. Sistem ini sangat menarik kerana ada di antara affiliate marketing yang menawarkan sehingga keuntungan sebanyak 50% daripada harga produk.

Sebagai contoh, harga produk adalah RM100, anda akan menerima sebanyak RM50 bagi setiap produk yang terjual. Proses pembungkusan dan penghantaran produk akan dilaksanakan oleh penjual. Kerja anda cuma copy dan paste link dan ayat copy writing. Selagi mana ada orang yang membeli menggunakan link anda, anda akan menerima bahagian yang telah dipersetujui dengan penjual. Mudah kan?

Fotografi

Tidak dinafikan, fotografi juga merupakan salah satu kaedah untuk menjana pendapatan di internet. Anda boleh menjual hasil karya fotografi anda di internet.

Macam mana nak jana pendapatan melalui fotografi ni? Anda cuma perlu mengambil gambar, edit dan pos di laman web tertentu untuk menjual hasil karya anda. Antara laman web yang menyediakan khidmat ini adalah Shutterstock, Adobe Stock, Alamy dan Crestock.

jana pendapatan fotografi
Shutterstock membolehkan anda jana pendapatan melalui fotografi

Jika anda mempunyai minat dan bakat dalam seni fotografi, jangan sia-siakan peluang ini untuk anda menjana pendapatan pasif. Selagi mana foto tersebut dibeli di internet, selagi itu ia akan memberikan pendapatan kepada anda. Apa lagi, ambil kamera dan mula menangkap gambar yang menarik sekarang!

Blog/Website

Salah satu cara lain adalah melalui blog dan website. Anda boleh menulis apa sahaja perkara yang anda suka di blog anda. Apa yang lebih menarik, anda akan mendapat pendapatan daripada iklan-iklan yang diiklankan di laman web anda.

Apabila blog anda mendapat aliran trafik yang tinggi, banyak syarikat yang berminat untuk memiliki laman web anda. Mereka akan menawarkan harga yang cukup lumayan berdasarkan pendapatan blog atau website anda. Salah satu contoh kes sebenar adalah Media Prima membeli REV Asia.

passive income pendapatan pasif blog
Sumber: https://www.bharian.com.my

Referral

Referral adalah salah satu cara yang paling mudah dan menarik. Antara cara buat duit melalui memerlukan anda berkongsi link tertentu yang selalunya bertujuan untuk mempromosikan perkhidmatan. Berbeza dengan affiliate marketing, referral lebih kepada mempromosi untuk orang lain membuka akaun bagi perkhidmatan tertentu manakala affiliate marketing lebih kepada mempromosi untuk orang membeli sesuatu barang.

Pendapatan daripada referral ini selalunya ditetapkan pada kadar tertentu. Sebagai contoh, RM5 diberikan kepada setiap pembuka akaun baharu yang menggunkan link anda. Antara contoh referral yang ada sekarang adalah aplikasi Boost, Shopback dan TnG.

Suka berbelanja? Dapatkan rebate sehingga 11% sekarang!

Kesimpulan

Terdapat banyak cara untuk anda menjana pendapatan pasif daripada internet. Betullah apa yang dikatakan anda boleh buat duit melalui internet!

Oleh itu, jangan sia-siakan peluang anda untuk menjana pendapatan pasif melalui internet. Ia bukan sahaja boleh membantu anda buat duit bagi mengatasi kos sara hidup yang lebih tinggi, malah ianya boleh membantu anda untuk mencapai financial freedom dengan lebih cepat.

Faiz Wahab

Merupakan seorang Licensed Islamic Financial Adviser yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia. Seorang pelabur saham yang aktif di Bursa Malaysia. Kenali lebih lanjut di https://faizwahab.com/faiz-wahab/

You may also like...

Popular Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Artikel ini adalah harta intelek FaizWahab.com. Sila klik button share jika anda merasakan artikel ini bermanfaat untuk dikongsi