Hukum Cryptocurrency Mata wang kripto

Hukum Cryptocurrency

Mata wang kripto atau cryptocurrency adalah salah satu aset digital yang hangat diperkatakan. Ini didorong oleh kenaikkan mendadak dalam beberapa mata wang kripto utama seperti Bitcoin, Etherum dan Ripple.

Di Malaysia, mata wang kripto tidak sah dijadikan sebagai medium pertukaran. Walaubagaimanapun, aset digital ini dikawal selia oleh pihak Suruhanjaya Sekuriti. Ini membenarkan cryptocurrency untuk didagangkan melalui platform tertentu.

Takrifan bagi sesebuah mata wang kripto ini adalah berdasarkan Capital Markets and Services (Prescription of Securities) (Digital Currency and Digital Token) Order 2019.

“digital currency” means a digital representation of value which is recorded on a distributed digital ledger whether cryptographically-secured or otherwise, that functions as a medium of exchange and is interchangeable with any money, including through the crediting or debiting of an account; and

“digital token” means a digital representation which is recorded on a distributed digital ledger whether cryptographically-secured or otherwise.

Isu yang paling hangat diperkatakan adalah isu kepatuhan syariah bagi aset digital ini. Antara isu paling utama yang dibahaskan oleh para cendekiawan kewangan Islam adalah kedudukan cryptocurrency sebagai satu mata wang.

Cryptocurrency dengan aset pendasar

Walaubagaimanapun, jika sesuatu mata wang kripto itu mempunyai aset pendasarnya, seperti logam emas dan perak, maka hukum item ribawi terpakai terhadap cryptocurrency tersebut dan tertakluk kepada bai` al-sarf.

Jika mawatang kripto yang mempunyai aset pendasar selain daripada emas dan perak, ianya tertakluk kepada hukum item ribawi.

Cryptocurrency tanpa aset pendasar

Umum sedia maklum, jika cryptocurrency diterima sebagai salah satu matawang, maka hukum item ribawi akan terpakai bagi aset digital ini. Walaubagaimanapun, seperti yang dinyatakan sebelum ini pihak BNM tidak mengiktiraf kedudukan cryptocurrency sebagai satu mata wang di Malaysia.

Oleh itu, Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempunyai pandangan yang sama dan tidak meletakkan cryptocurrency ini sebagai salah satu mata wang. Oleh itu, hukum item ribawi tidak terpakai kepada aset digital ini.

Token Digital

Dalam menentukan status patuh syariah sesuatu toen digital, ianya perlulah memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Hasil yang diperoleh dari penerbitan token digital mesti digunakan untuk tujuan patuh Syariah;
  2. Hak dan faedah yang dilampirkan pada token digital mestilah mematuhi Syariah; dan
  3. Sekiranya penggunaan hasil di bawah perkara (i) dan kelayakan hak dan faedah di bawah perkara (ii) di atas adalah untuk aktiviti campuran tujuan Syariah dan tidak patuh Syariah, ketetapan SAC yang ada mengenai penggunaan hasil sukuk dan penanda aras aktiviti perniagaan di bawah metodologi pemeriksaan Syariah untuk syarikat tersenarai di Bursa Malaysia boleh digunakan.

Jika token digital didasari oleh item ribawi, maka token digital tersebut tertakluk kepada pandangan Syariah terhadap perdagangan item ribawi.

Kesimpulan pandangan Majlis Penasihat Syariah terhadap hukum cryptocurrency

Pihak Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mengingatkan bahawa resolusi ini hanya terpakai kepada aset digital di bawah seliaan Suruhanjaya Sekuriti. Ianya tidak terpakai bagi cryptocurrency yang lain.

Klik di sini untuk mendaftar dengan Luno untuk berdagang cryptocurrency

Pihak Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia juga menegaskan bahawa pelaburan dan perdagangan bagi cryptocurrency yang didagangan melalui Digital Asset Exchange (DAX) yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti adalah dibenarkan.

Sumber: Resolutions of the Shariah Advisory Council of the Securities Commission Malaysia – Dec 2020

Cryptocurrency adalah astu pelaburan berisiko tinggi. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan professional untuk membantu anda dalam membuat pelaburan berisiko tinggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *