Gann Square of Nine

Kaedah Gann Square of Nine

Bagi pada pedagang harian (day trader) di Bursa Malaysia, kaedah Gann Square of Nine adalah satu kaedah yang sering diamalkan. Ianya digunakan untuk menentukan paras sokongan (support) dan rintangan (resistance).

Gann Square of Nine
Gann Square of Nine
Sila Zoom untuk paparan lebih jelas

Dalam menggunakan Gann Square of Nine, nombor-nombor yang berada di dalam kotak berwarna merah adalah sangat bermakna untuk menjadi satu paras sokongan atau rintangan. Nombor-nombor ini membentuk aras yang sangat kuat bagi sesuatu paras rintangan atau sokongan.

Dalam artikel ini, dikongsikan paras yang diwarnakan dengan warna merah dan biru sahaja. Ini untuk tujuan memudahkan pemahaman untuk penggunaan kaedah gann square of nine ini terutamanya bagi pedagang baru.

Nombor-nombor yang berada di dalam kotak-kotak yang lain adalah kurang signifikan berbanding warna merah dan biru ini.

Kemudian, nombor-nombor yang berada di dalam kotak berwarna biru adalah menunjukkan paras sokongan kedua yang bermakna bagi kaedah ini. Oleh itu, para pedagang juga akan menggunakan nombor-nombor ini sebagai panduan aras sokongan dan rintangan.

Penggunaan Gann Square of Nine

Sebagai contoh, sesuatu sekuriti berada pada harga 93 sen, maka aras rintangan yang bermakna adalah pada harga 96.

Disebabkan oleh 96 sen berada dalam kotak berwarna merah, maka jangkakan satu rintangan yang kuat akan berlaku pada paras ini.

Jika ia berjaya untuk menembusi harga 96 sen ini, rintangan seterusnya akan berada pada para 101 sen atau RM1.01

Bagi aras sokongan pula, 91 sen adalah aras sokongan pertama yang paling hampir. Walaubagaimanapun, aras sokongan pada 86 sen adalah lebih kuat.

Jika harga gagal untuk bertahan pada aras 86 sen, jangkaan untuk sekuriti tersebut jatuh ke paras 81 sen.

Jadi anda boleh menggunakan Gann Square of Nine ini sebagai salah satu kaedah untuk menentukan aras sokongan dan rintangan. Anda juga boleh menggunkannya ia untuk membantu aras kemasukan dan keluar (entry and exit price) dalam pelan perdagangan anda (trading plan).

Semoga artikel kali ini membantu anda membuat pelan perdagangan yang lebih baik pada masa depan. Ikuti kami untuk lebih banyak tips pelaburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *