etf pelaburan untuk semua

ETF Pelaburan Untuk Semua!

ETF adalah akronim bagi produk kewangan yang lebih dikenali sebagai Exchage Traded Fund. Ia adalah dana pelaburan terbuka yang tersenarai dan didagangkan di bursa saham. Ia menggabungkan ciri-ciri unit amanah dan saham.

Nak tahu apa itu saham? Klik sini

Umumnya, terdapat tiga jenis iaitu ekuiti, pendapatan tetap dan komoditi. Ianya boleh terdiri daripada sekelompok saham, bon atau komoditi. Hal ini dapat menawarkan kepelbagaian yang luas dan mengelakkan risiko yang terlibat jika memiliki saham satu syarikat sahaja.

Dana-dana ini tersenarai dan didagangkan di bursa saham. Pelabur boleh mendapat pendedahan kepada pelbagai rantau geografi, pasaran, industri atau sektor, komoditi seperti emas atau minyak.

Selain itu, dengan melabur dalam instrumen ini juga dapat membantu untuk menyesuaikan dengan gaya pelaburan tertentu seperti melabur untuk pertumbuhan atau melabur untuk nilai.

Untuk menentukan jenis pendedahan, pelabur boleh melihat kepada penanda aras asasnya (benchmark) atau aset yang dipegang (underlying assets).

Sebagai contoh, ETF patuh syariah yang pertama iaitu MyETF-Dow Jones Islamic Market Malaysia Titans 25 (myETF-DJIM25) yang didagangkan di Bursa Malaysia.

Ianya direka untuk menjejaki Indeks Dow Jones Islamic Market Malaysia Titans 25. Ini menunjukkan bahawa MyETF-DJIM25 memegang saham 25 syarikat tersenarai yang terkemuka dan patuh syariah di negara ini.

Mengapa memilih ETF?

Diversifikasi

Tidak seperti membeli saham individu, ia memegang sekumpulan sekuriti dengan matlamat untuk menjejaki prestasi indeks. Sekumpulan sekuriti ini boleh terdiri daripada saham, bon atau komoditi, bergantung kepada indeks yang didasarkan kepada ETF tersebut.

Dengan memegang beberapa stok atau bon, pelabur boleh menggunakan instrumen ini untuk mendeahkan pelaburan anda kepada pelbagai produk pelaburan. Ini dapat mengurangkan risiko pelabur berbanding melabur ke satu saham sahaja.

Kos efektif

Yuran pengurusan tahunan yang lebih rendah untuk ETF berbanding unit amanah menjadikan ianya lebih kos efektif untuk dibeli dan dikekalkan dalam jangka masa panjang.

Mudah

ETF disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia. Sama seperti saham, pembelian dan penjualan unit boleh dilakukan berdasarkan harga pasaran semasa dalam satu transaksi.

Dagangan boleh dilakukan secara dalam talian atau melalui broker saham. Transaksi ini boleh dilakukan dalam beberapa saat sahaja dan tidak perlu menunggu lama.

Ketelusan

Pelabur tahu dengan tepat mana saham atau aset asasnya yang terdapat dalam ETF yang dilabur. Ini dapat dilakukan dengan melawati laman web pengurusannya. Sebagai contoh di Malaysia adalah Affin Hwang, i-Vcap, AmInvest dan CGS. Pengurus dana akan melaporkan pegangan aset mereka setiap hari.

Senarai  ETF

Pendapatan Tetap

Walaubagaimanapun, ini tidak menjanjikan keuntungan kepada anda. Sila dapatkan khidmat nasihat daripada penasihat kewangan berlesen untuk membantu anda membuat keputusan yang tepat

Ikuti kami bagi membantu anda mendapatkan kebebasan kewangan dengan lebih cepat

Subscribe now for Free

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *