dana rumah mampu milik malaysia pinjaman 100%

Dana Rumah Mampu Milik Malaysia, Pembiayaan Sehingga 100%

Dalam membantu masyarakat terutamanya golongan muda memiliki rumah mampu milik pertama, pelbagai skim yang diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia. Skim-skim ini diperkenalkan bagi memudahkan pembeli rumah pertama terutamanya golongan muda.

Bank Negara telah mengumumkan dana sebanyak RM1 bilion untuk perumahan mampu dimiliki kepada kumpulan pembeli rumah yang lebih besar.

Syarat pembeli

Bermula dari 1 September 2019, skim ini akan dibuka kepada pembeli dengan pendapatan isi rumah bulanan maksimum sehingga RM4,360. Sebelum ini, kelayakan itu dihadkan kepada pendapatan isi rumah kurang dari RM2,300 sebulan sahaja.

Syarat rumah mampu milik

Selain itu, pembeli juga boleh menggunakan skim tersebut untuk membeli rumah sehingga RM300,000 satu unit. Ini adalah dua kali ganda had sebelum ini iaitu sebanyak RM150,000 sahaja.

Jangan nak komen mengecam mana nak dapat rumah harga macam ni.. kalau cari kat tengah KL mungkin takkan jumpa.. tapi bella ada je process loan 42k untuk rumah.. 😊😊 (Klang Valley ok!)

Bella Leana

Walaubagaimanapun, skim ini hanya layak bagi pembeli jenis harta tanah untuk kediaman di pasaran utama sahaja. Ini bermaksud, anda hanya boleh membeli hartanah dalam ketegori perumahan sahaja.

Selain itu, rumah tersebut adalah dari pasaran premier, iaitu rumah yang dibeli daripada pihak pemaju (undercons). Anda tidak layak menggunakan skim ini jika hendak membeli rumah jenis subsale atau lelong.

Institusi kewangan yang mengambil bahagian

  • AmBank
  • Bank Simpanan Nasional
  • CIMB Bank
  • Maybank
  • RHB Bank

Dana itu diperkenalkan pada bulan Januari tahun ini untuk membantu pembeli rumah pertama, terutamanya mereka yang berpendapatan rendah dan di bandar-bandar kecil untuk mendapatkan pembiayaan untuk perumahan.

Kadar faedah rendah

Dana itu akan dibuka selama dua tahun mulai 2 Januari 2019. Menurut Bank Negara, skim tersebut akan membantu pembeli rumah pertama kali mengurangkan ansuran bulanan mereka sebanyak 23% berbanding pinjaman sedia ada.

Ini kerana skim ini mengenakan kadar keuntungan bank atau faedah (interest) yang sangat rendah. Bagi skim ini peminjam hanya akan dikenakan kadar faedah sebanyak 3.5% pada kadar tetap. Ini adalah jauh lebih rendah bebanding pinjaman biasa yang rata-rata bermula pada kadar 4.5% dan ke atas.

Peranan AKPK

Bagi membantu pembeli rumah pertama kali ini, modul pendidikan kewangan dalam talian yang ringkas dan mudah akan disediakan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk pembeli rumah yang memohon pembiayaan di bawah Dana ini.

Klik sini untuk tutorial bergambar

Menurut Bella Leana, yuran guaman dan takaful (MRTT) akan dikenakan pada kadar diskaun juga.

Pembeli yang berminat dinasihatkan menyemak kelayakan pinjaman perumahan sebelum membuat pinjaman terlebih dahulu.

Klik sini untuk menyemak kelayakan pembiayaan anda

Bagi artikel kali ini, kami mengambil inspirasi daripada tulisan Bella Leana di Facebook beliau yang giat berkongsi berkenaan skim-skim pembiayaan ini.

Ringkasan penuh bagi skim ini adalah seperti berikut;

Terma Ciri-Ciri
Kelayakan • Warganegara Malaysia
• Pendapatan isi rumah bulanan maksimum sebanyak RM 4,360
• Pekerja makan gaji atau bekerja sendiri
• Peminjam tunggal atau peminjam bersama
• Tiada rekod pembiayaan terjejas untuk tempoh 12 bulan yang lalu
Harga harta tanah Sehingga RM 300,000
Margin pembiayaan Margin pembiayaan boleh meliputi pembayaran
untuk wang pendahuluan dan jaminan gadai janji
bertempoh / caruman takaful
Jenis harta tanah Harta tanah kediaman di pasaran utama sahaja
Kadar pembiayaanSehingga 3.5% setahun
Tempoh pembiayaanSehingga 40 tahun atau sehingga umur 70 tahun,
yang mana lebih rendah
Pendidikan kewangan• Modul pendidikan kewangan mandatori dalam talian disediakan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) akan membantu bakal peminjam memahami komitmen kewangan mereka sebelum membeli rumah.
• Modul itu boleh diakses daripada portal Rumahku AKPK di learn.akpk.org.my mulai 3 November 2018
Moratorium penjualan harta tanah 5 tahun

Ikuti kami untuk mendapatkan kemaskini terbaharu untuk skim bantuan dana rumah mampu milik terkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *