boros tapi boleh menyimpan

Orang boros, tapi boleh menyimpan?

Ramai yang datang ke sesi perancangan kewangan dengan saya mempunyai masalah yang hampir sama iaitu tiada simpanan. Perkara ini bukan sahaja dilalui oleh mereka. Akan tetapi, saya pun pernah menghadapi situasi yang sama dengan mereka.

Plan nak simpan, tapi last-last simpanan entah ke mana, belanja je lebih!

Jujur saya katakan saya seorang yang jenis boros berbelanja. Ada sahaja duit, mesti habis. Ini saya kongsikan bagaimana saya berubah dari seorang yang boros kepada seorang yang boleh menyimpan setiap bulan. Saya yakin, anda pun boleh buat perkara yang sama.

Mudahnya menabung untuk anak anda!

Sebelum ini saya sering meletakkan belanja adalah perkara pertama selepas kita dibayar upah atau gaji. Lepas dah settle belanja semua, baki baru masuk dalam akaun simpanan. Masalahnya, mula- mula plan nak ada RM XXXX simpanan, tetapi berakhir dengan RM Y sahaja.

Rahsia pelaburan yang tak ramai orang tahu!!!

So setiap bulan perkara ini berulang-ulang sampai simpanan saya tidak berkembang langsung. Jadi apa yang saya buat adalah saya ubah cara saya berbelanja.

Insanity is doing the same thing over and over again and expecting different results.

Albert Einstein

Benda yang mudah je saya buat, tapi hasilnya sangat memberangsangkan. Saya letakkan belanja di tempat last sekali dalam fikiran saya. Bila dapat upah, saya akan terus asingkan duit tu ke dalam satu akaun simpanan khas.

Lepas dah menyimpan, duit ini saya laburkan pula supaya dapat menghasilkan pendapatan lapisan kedua. Hasil income daripada pelaburan ini barulah saya gunakan untuk belanja. Tapi bukan kesemua keuntungan pelaburan tu lah. Kalau tak macam mana kita nak compoundkan hasil pelaburan kita.

menyimpan boros buat simpanan

So, mudah je. Tak perlu teknik complicated. Cuma bawa perbelanjaan itu sebagai perkara terakhir bila kita dapat duit instead of yang pertama. Mudah kan?

ASB atau ASBF lebih baik?

Kalau anda masih belum mampu untuk menjana pendapatan tambahan dari pelaburan, jangan la rasa down dan terus tak buat. Anda boleh mula dengan menyimpan duit secara force saving ke dalam satu akaun khas, lepas itu barulah belanja duit lebihan yang ada.

Lah, labur saham ni mudah je?!

Anda boleh gunakan penolakan gaji, direct debit, atau simpanan secara sukarela untuk tujuan force saving ini. Walau apa pun kaedahnya, yang penting adalah kita terus konsisten dan berdisiplin.

Rome wasn’t built in a day

Yang penting bahagian saving kita dah secured, lepas itu belanja apa yang ada saja. Jangan usik duit simpanan tu pula!!

Menyimpan itu merugikan?! Saya tak pernah tahu sebelum ini!

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *