Broker saham terbaik

Broker saham terbaik

Untuk melabur dalam pasaran saham, kita perlu untuk menggunakan khidmat broker saham. Walaubagaimanapun, terdapat banyak broker yang menawarkan khidmat ini menyebabkan kita keliru untuk memilih broker yang sesuai dengan kita. Berikut adalah panduan bagi anda untuk memilih broker yang sesuai dengan anda.

Broker saham berlesen di Malaysia
Sumber: BursaMKTPLC

Yuran broker saham

Setiap broker mengenakan caj atau yuran ke atas setiap transaksi jual dan beli saham. Bagi pelabur-pelabur yang mempunyai kapasiti kewangan yang terhad, ini adalah perkara yang mungkin diletakkan sebagai keutamaan.

Ini kerana, semakin rendah caj broker, semakin cepat untuk anda untuk balik modal atau break even. Berikut adalah perbandingan caj broker yang mungkin dikenakan kepada anda:

RM10,000 x 0.01% = RM10

RM10,000 x 0.42% = RM 42

Ternyata, caj broker saham murah membantu untuk kita lebih cepat untuk break even modal pelaburan yang dibuat.

Walaubagaimanapun, caj broker bukan satu-satunya perkara yang anda perlu tahu, jom ketahui apa lagi yang perlu anda pertimbangkan untuk memilih satu-satu broker.

Caj minimum

Selain caj dalam bentuk peratus, broker juga mengenakan caj minimum dalam transaksi. Jika yuran broker yang dikenakan kepada anda terlalu rendah, caj minimum akan diguna pakai. Sebagai seorang pelabur, caj minimum antara perkara yang anda perlu pertimbangkan.

Hal ini terutamanya jika anda mempunyai modal yang tidak terlalu besar untuk bermula dalam dunia saham.

Berikut adalah contoh, anda memulakan pelaburan dengan modal RM 500,

caj broker saham murah
Contoh caj broker saham

Disebabkan yuran broker tidak mencukupi nilai minimum, maka caj minimum dikenakan kepada anda

Klik sini untuk mengetahui cara menjana keuntungan dalam saham

Oleh itu, jika anda mempunyai kapasiti modal yang terhad, maka anda juga perlu untuk mengambil caj minimum sebagai salah satu pertimbangan dalam memilih broker untuk memastikan kita mendapat caj broker saham murah.

Klik sini untuk senarai broker saham patuh syariah

Platform dalam talian

Antara muka

Kebanyakan broker menyediakan platform dalam talian. Ada yang menawarkan antara muka atau interface yang menarik. Ini memudahkan anda untuk menggunakan platform tersebut tanpa berasa runsing dengan data yang terlalu banyak.

Carta teknikal

Selain itu, ada platform yang memberikan anda carta teknikal yang asas sahaja. Ada  sesetengah broker yang menawarkan carta teknikal yang sangat bagus dan komprehensif. Jika anda seorang trader yang bergantung kepada carta teknikal, anda mungkin berminat untuk mendapatkan ciri ini dalam platform anda.

Analisis fundamental

Terdapat broker saham mempunyai ciri bukan sekadar analisis teknikal, tetapi ianya juga disertakan dengan screener atau sokongan untuk memudahkan anda melakukan analisis fundamental.

Ini sangat bermanfaat untuk anda memastikan anda membeli saham atau syarikat yang mempunyai asas perniagaan yang baik dan mengurangkan risiko pelaburan anda.

Klik sini untuk mengetahui jenis analsis saham

Kelancaran

Sesetengah broker mempunyai isu hang atau kerap berlaku gangguan kepada platform mereka. Ini adalah satu perkara yang sangat mengganggu anda. Ini kerana, dalam dunia saham setiap saat adalah sangat bermakna. Cuba bayangkan, ketika anda hendak melakukan cut loss, platform anda hangging dan menyebabkan anda kerugian besar.

Laporan penganalisis

Kebanyakan broker terutamanya broker bank pelaburan memberikan laporan penganalisis kepada para pelanggan. Ini dapat membantu kita untuk mendapat second opinion atau trading opinion daripada penganalisis yang bertauliah. Mereka ini adalah penganalisis yang berlesen dan berautoriti untuk mengeluarkan buy call. Anda tidak perlu lagi melanggan goup buy call telegram atau whatsapp lagi.

Kesimpulan

Kesimpulannya, terdapat banyak faktor yang anda perlu pertimbangkan sebelum memilih sesuatu broker saham. Anda boleh bertanya kepada rakan-rakan pelabur yang lebih berpengalaman.

Selain itu, anda juga boleh mengikuti acara-acara pelaburan yang mana pihak broker ada memberikan peluang untuk anda mencuba platform mereka.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *