Semakin ramai umat Islam terlibat dalam dunia saham. Antara perkara utama seorang pelabur Islam perlu tekankan adalah penggunaan broker saham patuh syariah di Bursa Malaysia.
Apa itu saham? Klik sini
Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa perlu guna broker yang ada akaun Islamik? Ada beberapa sebab kenapa seorang pelabur Islam perlu memastikan broker tersebut adalah broker patuh syariah dan Islamik .
Seperti yang kita tahu, Islam tidak membenarkan umatnya terlibat dalam riba. Selain itu, elemen perjudian dan gharar juga tidak dibenarkan dalam Islam. Atas keperluan ini, broker patuh syariah perlulah digunakan.

Instrumen:
Instrumen pelaburan yang disenaraikan di Pasaran Utama dan ACE Bursa Malaysia Securities Berhad adalah patuh Syariah. Broker Islamik dan patuh syariah tidak membenarkan kita berdagang sekuriti atau saham yang tidak patuh syariah. Ini dapat mengelakkan kita daripada terbeli saham-saham yang tidak patuh syariah yang terlibat dengan arak, riba dan perjudian.
Perdagangan:
PO Islam dan PO konvensional telah mengasingkan saluran perdagangan.
Depositori:
Sekuriti patuh Syariah dalam akaun CDS pelabur adalah kini ditandai dengan pengekodan “SP” yang menunjukkan “patuh Syariah sekuriti “.
Penjelasan:
Penjelasan selepas perdagangan dilakukan melalui PO Islamik yang dilaksanakan dan dijamin oleh patuh Syariah Bursa Malaysia Securities Clearing Sdn Bhd.
Penyelesaian:
Penyelesaian perdagangan antara PO Islam dan Bursa Malaysia akan dilakukan melalui Institusi Kewangan Islam.
Kesemua ini adalah bagi mengelakkan pelabur Islam daripada terlibat dalam aktiviti yang tidak bertepatan dengan garisan syarak.
Secara mudahnya, dapat diringkaskan akaun saham Islamik seperti berikut:
- Kita hanya boleh berjual beli saham yang halal sahaja. Jadi, tidak perlu risau risiko kita terbeli saham yang tidak patuh Shariah.
- Kita tidak menerima interest (riba) ke atas duit yang yang berada dalam trading account. Jika tidak, menjadi satu tanggungjawab pelabur untuk membersihkan riba tersebut.
Apa yang menarik, seorang pelabur dibenarkan menjalankan transaksi perdagangan di Bursa Malaysia-i menggunakan pembiayaan margin yang disediakan oleh broker Islamik.
Syarat bagi pembiayaan margin tersebut struktur pembiayaannya adalah patuh Syariah. Walau bagaimanapun, kelayakan pelabur untuk pembiayaan margin ditentukan oleh pihak broker.
Klik sini untuk mengetahui broker saham terbaik!
Senarai broker saham patuh syariah dan Islamik
Buat masa sekarang, terdapat 15 syarikat broker yang mempunyai fasiliti Islamik. Mereka adalah
- Affin Hwang Investment Bank Berhad
- AmInvestment Bank Berhad
- BIMB Securities Sdn Bhd
- CIMB Investment Bank Berhad
- Hong Leong Investment Bank Berhad
- Jupiter Securities Sdn Bhd
- Inter-Pacific Securities Sdn Bhd
- Kenanga Investment Bank Berhad
- Malacca Securities Sdn Bhd
- Maybank Investment Bank Berhad
- MIDF Amanah Investment Bank Berhad
- Public Investment Bank Berhad
- RHB Investment Bank Berhad
- TA Securities Holdings Berhad
- UOB Kay Hian Securities Sdn Bhd

I want to learn more about investment
Surely, for more knowledge about investment, kindly subscribe to our newsletter
I have zero knowledge about this but really interested in it.
nk tanye rakuten trade patuh syariah ke tidak?
terima kasih
Setakat hari ini, rakuten tidak ada akaun saham islamik
tapi kalau kita beli saham yg syariah saja boleh ke kat rakuten?
Nak beli saham patuh syariah di rakuten tak ada masalah
salam tuan.andai kata,kita pakai rakuten,dan kita beli kaunter patuh syariah sahaja..
selain ni,apa yang perlu kita buat untuk pastikan tiada isu dengan halal tu?
saja tanya dlu,sebab ada yang suggest rakuten sebab dia paling cepat dapat..yang lain lama sangat nak dapat akaunnya.hehe
Kalau pakai Rakuten kena bersihkan bahagian interest yang kita dapat daripada pihak Rakuten
im frm Brunei and really interested with stocks investment. How do i begin?
I’m sorry, but we only handle the one in Malaysia.
Rhb investment… Sy teruja nak tahu tentangnya.. ?
Boleh berhubung dengan pihak RHB investment di laman web mereka
Ada ke apps broker yang patuh syariah
Semua yang disenaraikan dalam posting ini adalah broker islamik
Ada ke trading app atau broker online yang patuh syariah
Semua yang disenaraikan dalam posting ini adalah broker islamik
Jika pakai broker yang xpatuh syariah…ape jnis acounnt yang boleh guna untuk elak dari interest atau riba?cash acount ke tuan?
Kalau cash account pun masih menerima interest
Jika pkai rakuten juga sbb skrang xbole buka akaun…apa perlu sy buat
Kena make sure kita clearkan bahagian interest yang dapat dari rakuten
Macam mana kak tau bahagian interest dan cara nak clearkan interest?
Kena tengok dalam statement
bhgn statement yg mana satu ye? sbb tngk dlm ‘my statement’ xde pun tulis brape nilai interest. As interest dikira dari duit cash yg tersimpan dlm acc rakuten. So,mcm mane ye?
Boleh berhubung dengan pihak broker tersebut
Salam. Kalau beli saham yang tak patuh syariah tapi tidak melibatkan judi, arak, tembakau dsb seperti saham sapur*, boleh ke?
Tak patuh syariah sebab pinjaman bank dsb sahaja.
Tidak boleh tuan
Salam…. Saya berminat untuk join saham tp zero knowledge..how to start?
Boleh bermula dengan membaca artikel-artikel di faizwahab.com atau menyertai kelas asas. Hebahan untuk kelas asas kami dibuat melalui channel telegram https://t.me/mr_faizwahab
Saya nak tanya.. Ape syarat2 patuh syariah semasa withdraw?
Apa maksud patuh syariah semasa withdraw?
i want to know rate each broker and their minimum rate ie. rhb,cimb,bimb..how much rate their charge
You may shop around the broker.
Salam.. saya berminat untuk join pelaburan patuh syariah. Pernah dapat maklumat tentang i-syariah trading capital..tapi belum cukup meyakinkan..tuan ada maklumat tentang syarikat tersebut..atau ada cadangan lain?
Hanya melabur dengan broker yang berlesen sahaja. Boleh rujuk senarai dalam artikel ini
1. Saya ada CDS account dgn Maybank. Bagaimana untuk identify CDS saya untuk Islamik atau tidak?
2. Adakah CDS melalui M+ patuh syariah ?
1. Kena tanya remiser/ broker yang kita daftar.
2. M+ ada yang konvensional dan islamic. Kena pilih
Halal ke jika kita ada dah beli saham dlm amount rm20k.then maybank bagi margin rm30k untuk beli saham lain dan kita beli saham utk rm30k dan kita target untuk jual saham rm30k sebelum t3 dengan harapan sahamrm 30k tu akan profit sebelum hari ke-3
Margin financing tu islamic ke conventional?
Salam tuan..jika sy guna rakuten utk trade kaunter patuh syariah .dan interest tu sy x guna..mksdnya sy hny guna jumlah cash sy shaja..yg interest tu sy biaq ja dlm akaun x guna..xpa kan?
Lebih baik sucikan bahagian tu. supaya tak tercampur nanti
salam tuan. bagaimana cara untuk sucikan bahagian interest tu?contohnya bahagian interest ada 0.80..kita withdraw yg tu ke?
Keluarkan bahagian tersebut dan di serahkan kepada baitulmal
salam tuan, mcm mane nk tngk overall interest yg telah dikenakan ? i mean from start kita trade guna rakuten trade.
Boleh berhubung dengan pihak Rakuten. Saya tak guna Rakuten
Sy berminat. Zero knowledge. Bagaimana nak Bermuda. Tq
Boleh sertai kelas saham kami untuk mendapatkan ilmu lebih lanjut berkenaan pelaburan saham patuh syariah
Saya nak tanya, broker saham mana yg terbaik mengikut tuan dan nilai brokerage fees dia rendah?
Semua broker bagus kalau sesuai dengan keperluan penggunaan kita. Antara fee yang murah m+ dan am equity
Boleh x register dgn broker islamic di luar negara seperti ICM Capital? Broker ini islamic. Dan boleh x berlabur dgn crued oil.
Ada je local broker yang boleh access untuk commodity macam Maybank dan RHB. Ini real commodity contract, bukan CFD
kalu seorang pelajar (19tahun) macam mano nak mulakan aktiviti ini. Apakah cadang dan nasihat bagi newbizz….
Adakah perlu melibatkan parent untuk tujuan pembukaan akaun berkaitan?
Selalunya pihak broker akan minta penyata pendapatan parents
cadangan broker yg sesuai untuk newbizz… ?
Otora tu saham patuh syariah ke
Otora ke Etoro?
assalamualaikum tuan,
sy pakai rakuten skrg ni tp klu sy nk transfer semuanya ke any broker yang patuh syariah lain bagaimana?
Kena buka akaun saham di broker lain yang menyediakan akaun saham islamik, kemudian withdraw dari Rakuten. Semoga membantu
Boleh saya tahu ramai guna platform saham seperti iq option, olymp trade, forex option dan sebagainya, adakah ia patuh syariah?
Setahu saya mereka tidak ada majlis penasihat syariah
Tuan…Bagaimana dgn saxo bank… Ramai juga yang guna katanya semua stock boleh trade termasuk Bursa pun boleh.. Boleh bagi pandangan sikit…
Setahu saya saxo tak regulated di Malaysia
Salam..nk tanya kalau guna rakuten trade untuk top glove bole ke?
Boleh, tapi Rakuten Trade broker conventional dan tak patuh syariah
Salam,saya nak tany baru ni sy de join satu compeny buat trade kateny patuh syariah dan halal lepas dpt trade dia de cas deposit dan fee utk BNM..bole prcaye ke smua ni?
Mengarut tu. Pelaburan bukan di bawah seliaan BNM
Nak tanya pasal Rakuten trader, Adakah rakuten sah untuk melakukan trading di Malaysia?
Rakuten adalah satu platform yang berdaftar dan diperakui. Walaubagaimanapun, berhati-hati dengan sindiket yang menyamar menggunakan nama Rakuten
salamualaikum,saya zero dalam pelaburan ni,nak minta tunjuk ajar
Boleh tak ada masalah
Tuan Faiz, jika kita pakai broker tidak patuh syariah untuk trade saham2 syariah shj boleh ke? Misalnya Saxo Bank untuk Global
Tak boleh sebab ada bahagian interest yang kita akan dapat dari broker
ooo..bagaimana pula jika kita asingkan interest dari broker tersebut?,misalnya salurkan ke tmpat lain,,…..hanya ambil keuntungan shj
Masih dikira bersubahat dengan cara muamalat riba. Pilihlah yang sudah jelas kepatuhan syariah
Simex trade patuh syariah tak?
Setahu saya simex trade tidak berdaftar dengan pihak Suruhanjaya Sekuriti
Adakah ICM Capital patuh syariah?
Tidak berdaftar di Malaysia dan dah kena flag dengan SC pun