asb vs asbf

ASB vs ASBF

Ramai yang keliru perbezaan antara ASB vs ASBF. Ramai juga yang rugi apabila mengambil ASBF apabila anda tidak mempunyai perancangan yang rapi apabila anda mengambil ASBF. Jom ketahui apakah perbezaan antara ASB vs ASBF

Sebelum kita menghurai dengan lebih lanjut berkenaan isu ASB vs ASBF ini, terdapat beberapa perkara yang anda perlu tahu terlebih dahulu. Klik sini utuk mengetahui apakah itu ASB? Selain itu, anda juga perlu tahu hukum pelaburan ASB. Klik sini untuk mengetahu hukum pelaburan ASB.

Seperti yang kita ketahui, ASB atau Amanah Saham Bumiputera adalah satu produk pelaburan unit amanah di bawah ASNB. Wang yang anda letakkan di ASB akan dilaburkan dan anda akan mendapat agihan pendapatan pada penghujung tahun kewangan semasa

Jadi, mana pula datangnya terma ASBF? ASBF adalah singkatan kepada ASB Financing. Ada juga yang memanggil ASBF ini sebagai ASBL atau ASB Loan. Untuk memudahkan kita faham, ASBF atau ASBL ini adalah produk hutang yang dikeluarkan oleh pihak bank. Hutang ini digunakan oleh kita untuk melabur ke dalam ASB.

Secara ringkasnya, ASB adalah produk pelaburan. Manakala untuk ASBF kita berhutang pada bank untuk melabur ke dalam ASB.

Memahami potensi ASB vs ASBF

Ini adalah ilustrasi perbezaan antara pulangan bersih simpanan ASB biasa dan ASBF.

Situasi pertama adalah membuat pelaburan tambahan setiap bulan ke dalam ASB sebanyak RM1079.

Situasi kedua adalah membuat pinjaman ASBF sebanyak RM200,000 dengan kadar faedah bank pada 5.05% selama 30 tahun. Ini menjadikan komitmen bulanan anda sebanyak RM1079 juga.

Bagi tujuan memudahkan pengiraan, kita akan mengandaikan:

  1. Kadar dividen atau agihan pendapatan pada 5.5% tanpa di pro ratakan bagi situasi 1 dan 2.
  2. Kadar agihan pendapatan kekal pada 5.5% sepanjang tempoh 30 tahun.
  3. Kadar keuntungan bank kekal pada 5.05% sepanjang tempoh 30 tahun.
  4. Peminjam tidak mengambil takaful
  5. Dividen tidak dikeluarkan sepanjang tempoh 30 tahun
asb vs asbf
Perbandingan ASB vs ASBF dalam tempoh 30 tahun

Hasil akhir bagi situasi 1 adalah RM391,553.77 sahaja. Bagi situasi 2 pula, hasil akhir selepas 30 tahun adalah sebanyak RM996,790.26. Hasil perbandingan situasi 1 dan 2, menunjukkan bahawa ASB vs ASBF, maka ASBF lebih baik.

Soalan Lazim

Q: Kalau buka ASB di bank A dan bank B ada beza return ke?

A: Takde beza, buka ASB di mana-mana cawangan atau agen sama sahaja dari segi keuntungan yang kita perolehi daripada ASB. Deposit dalam melalui cawangan/bank/agen akan terus masuk ke dalam ASB.

Jadi yang diberikan adalah sama sebab cawangan/bank/agen bertindak sebagai laluan untuk kita deposit ke dalam ASB.

Q: Kalau buat ASBF di bank A dan B ada beza return ke?

A: Ada, sebab lain-lain bank bagi rate atau kadar pinjaman yang berbeza.
Berbeza dengan soalan 1, jika kita buat ASBF, pulangan dari ASB masih tetap sama, tapi yang berbeza adalah kadar pinjaman yang dikenakan oleh pihak bank.

Katakan kita ambil bank A dengan kadar keuntungan bank(interest rate) 5.05% bagi pinjaman bernilai RM200,000 maka bayaran bulanan adalah RM1079.76

asb vs asbf
Kiraan Bank A

Bank B pula menawarkan kadar keuntungan bank(interest rate) 5.35% bagi pinjaman bernilai RM200,000 maka bayaran bulanan adalah RM 1116.83

asb vs asbf
Kiraan Bank B

Jika kita mengambil ASBF dengan bank A lebih untung sebab kita kena bayar lebih rendah berbanding bank B. Oleh sebab itu sebelum anda nak buat ASBF, anda perlu tahu bank mana yang bagi rate yang lebih rendah.

Cara paling mudah, anda boleh layari laman web bank-bank yang menawarkan ASBF. Anda boleh lihat berapa kadar semasa yang ditawarkan oleh pihak bank. Akan tetapi, itu cuma rate basic sahaja.

Ada kalanya, pihak bank akan memberi promo rate bagi jumlah pembiayaan tertentu. Jadi, untuk mengetahui kadar promosi, lebih baik anda walk-in ke bank dan tanya berapa rate yang mereka tawarkan.

Risiko ASBF

Dalam apa-apa jenis pelaburan, sudah pasti kita akan terlibat dengan risiko. Jika tiada risiko, maka ianya bukanlah satu pelaburan. Sama juga seperti bila anda mengambil ASBF.

Risiko utama bagi ASBF ada 2 iaitu:

  • kenaikan kadar interest bank
  • penurunan kadar dividen ASB

Jika berlaku keadaan dimana kadar interest bank adalah lebih tinggi daripada kadar dividen ASB anda, anda mungking perlu untuk semak semula perancangan anda. Oleh sebab itu, anda perlu ada clear exit strategy jika keadaan ini berlaku.

Bagus ke ASBF ni?

Boleh jadi bagus dan boleh jadi tak bagus.

Bagus jika anda ada matlamat jelas dan memahami teknik ASBF dan risiko yang di ambil. Dalam mengamalkan ASBF ini, terdapat banyak teknik yang anda boleh gunakan. Jadi pastikan anda faham teknik yang manakan paling sesuai untuk anda.

Yang tak bagusnya buat ASBF ni bilamana anda tak faham benda yang anda buat dengan ASBF ni, atau dalam bahasa lain main buat ikut cakap orang.

Lagi satu masalah bila orang buat ASBF ni dia main buat terus pinjaman sebanyak RM200,000 terus sebab dengar cakap orang sampai diri sendiri yang terseksa tiap-tiap bulan nak bayar.

Buat ASBF tanpa perancangan rapi boleh mengganggu keupayaan anda nak buat pinjaman yang lain (rumah/kereta/personal loan).

Ada pula yang buat ASBF tanpa fikir panjang, kemudian nak beli kereta guna pinjaman bank tak boleh sebab DSR dah burst! Klik sini untuk menyemak DSR anda.

Yang lagi kelakar dia main bayar ASBF ikut suka hati, bukan ikut ketetapan dari bank. Bank tetapkan bayar RM 500, tapi dia suka-suka hati bulan ni bayar RM400, bulan depan RM 452, bulan lagi satu RM 521. Nanti akan timbul masalah CCRIS anda rosak disebabkan ASBF.

Dik, bila buat loan ko kena la bayar ikut ketetapan, bukan main ikut suka hati.

So apa-apapun pastikan anda buat ASBF ni dengan ilmu, kalau tak cukup ilmu nak buat ASBF, eloklah anda mula dengan ASB biasa dulu.

Jangan kerana dek nak kejar untung sangat sampai menyusahkan diri sendiri

Saya tidak mempunyai apa-apa kepentingan dalam produk ini. Penulisan ini untuk paduan masyarakat umum. Jika anda memerlukan bantuan lanjut daripada perunding kewangan berlesen, sila klik sini.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *