Featured krisis ekonomi 2

Apa yang pelabur perlu buat dalam keadaan krisis ekonomi?

Dalam artikel sebelum ini kami ada memberikan beberapa perkara yang pelabur perlu tahu untuk betul ke krisis ekonomi berlaku pada tahun 2019? Walaupun kita tidak boleh menjangkakan secara tepat bilakah akan berlaku krisis ekonomi seterusnya, sebagai pelabur kita hendaklah bersedia.

Prestasi ekonomi semasa

Setakat artikel ini ditulis, keadaan minyak mentah dunia sedikit meningkat berbanding minggu lepas. Walauagaimanapun, indeks komposit Kuala Lumpur (KLCI) menunjukkan ianya menghadapi kesukaran bagi permulaan 2019, ini terutamanya apabila indeks tersebut jatuh sebanyak 25 mata pada 2 Januari 2019.

Indeks KLCI terus menunjukkan trend penurunan

2018 merupakan tahun yang agak mecabar bagi para pelabur. Ini kerana kebanyakkan orang mengalami kerugian dalam pasaran saham terutamanya. Pelabur institusi juga mengalami kesukaran yang sama disebabkan oleh sentimen pasaran yang agak negatif.

Jika apa yang diramalkan oleh para pengalisis pasaran iaitu 2019 berlakunya krisis ekonomi, dan menepati kitaran 11 tahun atau 11 years economic cycle ini merupakan satu peluang yang sangat bernilai bagi para pelabur. Berikut merupakan beberapa perkara yang pelabur boleh buat dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi.

Apa yang pelabur boleh buat dalam keadaan krisis ekonomi?

Pasaran saham

Bagi sesetengah orang, mereka akan mula mengurangkan pelaburan mereka. Bagi saya pula, apa yang perlu dilakukan oleh pelabur saham adalah terus melabur. Dalam keadaan pasaran yang tidak menentu, syarikat-syarikat yang bagus akan didagangkan pada harga diskaun. Sebagai contoh, kaunter X yang biasanya didagangkan pada harga RM15 seunit, sekarang didagangkan pada harga RM13 seunit.

Ini menjadikan pelabur dapat membeli syarikat ini pada kadar 13% diskaun! Walaubagaimanapun, pastikan anda membeli syarikat yang mempunyai asas perniagaan yang baik. Jika tidak, dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, membeli syarikat yang salah boleh menyebabkan anda hilang modal pelaburan anda.

Unit amanah

Selain itu, unit amanah juga dijual pada harga diskaun. Ini disebabkan nilai aset bersih unit amanah ekuiti bergantung pada harga saham syarikat yang dipegangnya. Oleh kerana harga saham mengalami penurunan, maka harga unit amanah tuan dan puan juga mengalami penurunan harga.

Ini merupakan peluang kecemasan bagi tuan dan puan untuk membeli lebih banyak unit menggunakan modal yang sama. Sebagai contoh, dengan modal RM10,000 anda hanya boleh membeli 10,000 unit yang diniagakan pada harga RM1 seunit dengan modal tersebut.

Perbandingan jumlah unit yang boleh dibeli dengan modal RM10,000

Apabila berlaku penurunan harga kepada RM0.80, anda boleh membeli sebanyak 12,500 unit dengan menggunakan modal yang sama. Anda merupakan orang yang paling untung kerana dapat mengumpul unit yang lebih banyak berbanding orang lain.

Emas

Melabur emas juga merupakan salah satu alternatif yang agak baik. Apabila berlaku ketidaktentuan dalam pasaran saham, pelabur akan mula mencari aset lain yang boleh digunakan untuk pelaburan. Emas merupakan salah satu safe heaven yang akan digunakan oleh para pelabur.

Pergerakan harga emas berbanding USD dalam keadaan trend menaik

Ini dibuktikan dengan peningkatan harga emas mentah di peringkat global berbanding Dollar Amerika (USD). Ini dikukuhkan lagi dengan peningkatan harga emas berbanding Ringgit Malaysia. Walaubagaimanapun, pastikan anda mempunyai ilmu pelaburan emas sebelum melabur.

harga emas krisis ekonomi
Pergerakan harga emas berbanding Ringgit Malaysia dalam keadaan trend menaik

Hartanah

Sektor hartanah merupakan salah satu pelaburan yang menarik. Melihat kepada trend perubahan semasa dalam hartanah, berlaku sedikit kelembapan transaksi hartanah. Walaubagaimanapun, ia belum cukup menarik minat saya untuk melabur secara aggresif.

Sektor ini hanya akan menarik minat saya apabila krisis ekonomi sebenar berlaku. Bilamana keadaan ekonomi sangat menekan, banyak hartanah akan dilelong pada harga yang sangat murah. Dalam keadaan ini, barulah ianya berjaya menarik minat saya untuk menambah pelaburan dalam hartanah dengan aggresif.

Kesimpulan

Dalam keadaan ekonomi yang menekan, banyak peluang kecemasan akan timbul. Sebagai pelabur, apa yang anda perlu lakukan sekarang adalah mengumpul sebanyak mana modal yang anda mampu untuk membeli-belah apabila krisis ekonomi berlaku.

Apa yang paling penting, ada perlu menyediakan kekuatan pegangan (holding power) yang sangat kukuh untuk membeli- belah dalam keadaan krisis ekonomi. Jika anda tidak mempunyai kekuatan pegangan yang mencukupi, dikuathiri anda akan terkesan dengan ketidaktentuan ekonomi. Jika ini berlaku, anda tidak berupaya untuk membeli-belah dalam keadaan pasaran yang sangat lemah.

Ikuti channel telegram kami untuk mengetahui cara pengurusan kewangan agar anda dapat menjadi pelabur yang boleh bertahan dalam keadaan ekonomi tidak menentu

SERTAI CHANNEL faiz wahab

Faiz Wahab

Merupakan seorang Licensed Islamic Financial Adviser yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia. Seorang pelabur saham yang aktif di Bursa Malaysia. Kenali lebih lanjut di https://faizwahab.com/faiz-wahab/

You may also like...

Popular Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Artikel ini adalah harta intelek FaizWahab.com. Sila klik button share jika anda merasakan artikel ini bermanfaat untuk dikongsi