apa itu saham

Apa itu Saham?

Saham (juga dikenali sebagai “ekuiti”) adalah pemilikan di dalam sesebuah syarikat. Dengan pemilikan ini, ianya memberi hak kepada kita untuk sebahagian aset dan pendapatan syarikat tersebut.

Ia dibeli dan dijual terutamanya di Bursa Saham. Bagi tujuan artikel ini kita akan membincangkan yang diterbitkan untuk belian umum (public listed) sahaja. Di Malaysia, ianya diuruskan oleh Bursa Malaysia.

Transaksi ini perlu mematuhi peraturan kerajaan yang bertujuan melindungi pelabur dari amalan penipuan. Prestasi pelaburan ekuiti telah mengatasi kebanyakan pelaburan lain dalam jangka panjang. Saham-saham ini boleh dibeli dari kebanyakan broker saham dalam talian.

Memahami Pemilikan Syarikat

Syarikat mengeluarkan (menjual) sebahagian pemilikan mereka untuk mengumpul dana untuk mengendalikan perniagaan mereka. Pemegang saham kini membeli sebahagian daripada pemilikan syarikat dan mempunyai tuntutan kepada sebahagian aset dan pendapatannya.

Dengan kata lain, pemegang saham kini merupakan pemilik syarikat tersebut. Pemilikan ditentukan oleh bilangan ekuiti yang dimiliki seseorang. Semakin banyak ekuiti yang anda miliki, semakin banyak pemilikan anda dalam sesebuah syarikat.

Memiliki ekuiti memberikan anda hak untuk mengundi dalam mesyuarat pemegang saham, menerima dividen (yang merupakan keuntungan syarikat) jika dan apabila mereka diagihkan, dan memberikan anda hak untuk menjual pemilikan anda kepada orang lain.

Sebagai contoh, anda membeli pemilikan syarikat Nestle, anda kini merupakan salah seorang pemilik syarikat Nestle. Ini membolehkan anda untuk mendapat manfaat daripada aset dan pendapatan yang dijana oleh syarikat Nestle ini.

Menjana pendapatan

cara buat duit dalam saham

Semakin banyak yang anda miliki, semakin besar bahagian keuntungan yang anda dapat. Walau bagaimanapun, ada sesetengah syarikat yang tidak membayar dividen kepada pemegang saham akan tetapi, sebaliknya keuntungan yang diperoleh digunakan untuk melabur semula kepada pertumbuhan syarikat.

Hasil daripada pertumbuhan syarikat ini akan menyebabkan harganya terus meningkat dari masa ke masa. Peningkatan harga ini juga dipanggil sebagai capital appreciation. Sebagai contoh, anda membeli syarikat pada harga RM1.00 seunit.

Dari masa ke masa, disebabkan prestasi syarikat yang menaik menyebabkan harganya naik sehingga RM1.50 seunit. Apabila anda menjualnya, maka keuntungan yang anda dapat daripada jual beli pemilikan syarikat ini adalah 50 sen setiap unit atau bersamaan 50%.

Apabila anda menjual semua pemilikan anda, anda tidak lagi dikira sebagai pemegang saham syarikat. Ini menyebabkan anda tidak lagi layak untuk menerima sebarang dividen yang diberikan oleh syarikat pada masa depan.

Walaubagaimanapun, ini tidak menjanjikan keuntungan kepada anda. Sila dapatkan khidmat nasihat daripada penasihat kewangan berlesen untuk membantu anda membuat keputusan yang tepat

Ikuti kami bagi membantu anda mendapatkan kebebasan kewangan dengan lebih cepat

Subscribe now for Free

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *