Amanah Hartanah Bumiputera

Amanah Hartanah Bumiputera

AHB atau Amanah Hartanah Bumiputera adalah dana amanah saham atau unit amanah patuh Syariah yang melabur terutamanya dalam harta tanah komersial di lokasi utama di Malaysia. Dana ini dibentuk untuk memberi peluang kepada pelabur Bumiputera untuk turut serta dalam memiliki harta komersial utama melalui pemegangan unit di AHB sebagai pemegang unit.

AHB mempunyai ukuran dana awal sebanyak 1 bilion unit yang tersedia untuk dilanggan oleh pelabur Bumiputera dengan harga RM1.00 seunit di semua cawangan Maybank dan AmBank. Dana ini kini disokong oleh 19 hartanah komersil yang sudah disewa dan menikmati aliran pendapatan sewa yang berterusan. Pada tahun 2017, saiz dana meningkat kepada 4 bilion unit.

AHB ditaja oleh PHB dan diuruskan oleh Maybank Asset Management Sdn Bhd. Pemegang Amanah untuk dana tersebut adalah AmanahRaya Trustees Berhad.

Kelebihan melabur di Amanah Hartanah Bumiputera

Mampu milik

Dana ini hanya memerlukan pelaburan awal yang kecil. Anda boleh mula melabur dalam dana ini dengan modal permulaan sebanyak RM100 sahaja. Ini sangat menarik terutamanya bagi golongan muda yang mempunyai modal yang terhad tetapi berkeinginan untuk melabur dalam sektor hartanah.

Pelaburan jangka panjang

Pelaburan AHB adalah bersifat untuk jangka masa panjang. Ianya tidak sesuai jika anda mempunyai mindset untuk untung segera. Hal ini kerana, AHB sesuai untuk mereka yang berkeinginan untuk mencari pelaburan yang stabil dan tetap. Walaubagaimanapun, keuntungan yang dijana oleh AHB bergantung kepada keadaan pasaran semasa. AHB tidak memberikan sebarang jaminan keuntungan.

Jom melabur hartanah serendah RM100

Pulangan yang berpotensi kompetitif

Dana ini bertujuan untuk mengatasi pulangan Pelaburan Am 12 bulan dalam Akaun-i, Maybank Islamic Berhad. Pelabur akan menikmati keuntungan dalam AHB melalui agihan pendapatan atau juga dikenali sebagai dividen AHB. Agihan pendapatan dilakukan sebanyak dua kali setahun iaitu pada Mac dan September. Semua agihan juga adalah selepas pembayaran zakat. Berikut adalah prestasi agihan pendapatan bagi AHB 2011-2019

AHB Amanah Hartanah Bumiputera
Sumber: Prospektus AHB
Dividen AHB amanah hartanah bumiputera

Ciri menarik

AHB tidak mengenakan sebarang fi penyertaan atau penarikan jika dibandingkan dengan unit amanah saham yang lain. Harga bagi AHB pula ditetapkan pada kadar RM1.00 setia unit. Ini menjadikan ianya bersifat sangat defensif dan tidak terdedah kepada pergerakan harga unit. Pelaburan AHB juga boleh dibuat melalui Skim Pelaburan Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tertakluk kepada syarat dan terma KWSP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *