5 perkara yang boleh dipelajari dari squid game

5 perkara yang kita boleh belajar dari Squid Game

Squid Game menjadi satu fenomena yang telah melanda. Siri ini ditayangkan di Netflix dan telah menjadi bualan hangat di kalangan penonton. Ini kerana siri ini penuh dengan kejutan yang mendebarkan dan berjaya menarik minat penonton. Jom kita ketahui 5 perkara yang kita boleh belajar dari siri ini dari sudut pengurusan kewangan.

Berjudi

Antara perkara yang menjadi sebab kenapa ramai orang terlibat dalam masalah kewangan kerana tabiat yang membunuh pengurusan kewangan. Antaranya adalah ketagihan berjudi. Dalam kebanyakkan agama ditekankan bahayanya judi dan dalam Islam ianya diharamkan kerana kesan buruk yang datang bersama tabiat ini. Seong Ki-Hoon (No. 456) dalam drama ini Jang Deok-su (No. 101) adalah dua watak yang diketengahkan terlibat dalam masalah ini.

“Berjudi” ini juga ditonjolkan oleh watak Cho Sang-woo (No. 218) yang mana dia telah kerugian dalam trading yang dibuat olehnya. Ini disebabkan oleh pengurusan risiko yang lemah dan keadaan yang mendesak telah menyebabkan Cho Sang-woo telah melakukan keputusan pelaburan yang lemah. Hal ini kerap berlaku dalam pelabur runcit kerana mereka beranggapan pelaburan atau trading ini sama seperti berjudi yang mana mereka membuat keputusan tanpa mempunyai asas yang kukuh. Kesannya, mereka lebih berpotensi untuk kerugian dalam pasaran.

Berhutang di luar kemampuan

Tidak dinafikan hutang merupakan satu keperluan di zaman sekarang untuk membeli rumah dan kereta terutamanya. Akan tetapi, hutang ini perlu dikawal agar kita tidak berada dalam keberhutangan yang terlalu tinggi. Dalam Squid Game, kesemua peserta yang terlibat mereka ditekan oleh masalah hutang yang terlalu mendesak. Ini menyebabkan mereka melakukan keputusan di luar keadaan waras disebabkan tertekan dengan beban hutang mereka sehingga sanggup untuk menggadaikan nyawa mereka untuk bermain Squid Game tersebut.

Walaupun pada peringkat awal mereka telah mencapai kata sepakat untuk meninggalkan Squid Game, tetapi mereka kembali kerana mereka sedar mereka dalam keadaan hutang yang banyak. Oleh itu, sangat penting bagi kita untuk menguruskan kadar hutang agar kita tidak berada dalam keadaan tertekan sehingga membuat keputusan di luar akal waras.

Polisi insurans lapse

Kebanyakan kita sudah selesa terutamanya apabila mempunyai polisi insurans atau takaful. Walaubagaimanapun, kita harus sedar bahawa polisi ini hanya akan melindungi kita apabila kita terus membayar polisi tersebut. Jika kita tidak membayar polisi tersebut, maka perlindungan tersebut juga akan terhenti dengan serta-merta.

Sekarang menjadi satu trend untuk orang mengambil polisi takaful di luar kemampuan dan menyebabkan mereka terdedah kepada ketidakmampuan untuk membayar terutamanya apabila mereka menghadapi tekanan kewangan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk anda mengambil polisi insurans atau takaful mengikut keperluan dan kemampuan kewangan anda.

Jangan mudah percaya orang

Ini adalah satu elemen yang sangat menarik dipamerkan oleh pengarah Squid Game. Ali Abdul telah ditipu oleh Cho Sang-woo yang merupakan seorang yang berpelajaran dan sangat licik. Ali telah diperdaya dan menyerahkan semua gulinya kepada Cho Sang-woo dan menyebabkan Ali telah tewas pada pusingan tersebut.


Dalam kehidupan kita, terlalu mudah untuk percaya orang lain boleh memakan diri. Sebagai contoh, kita terlalu mudah percaya rakan atau kenalan lama untuk melabur dalam membuat keputusan kewangan. Dalam membuat keputusan kewangan, kita seharusnya merujuk kepada mereka yang pakar dan mempunyai kemampuan untuk memberikan satu nasihat kewangan yang tidak bias.

Deal yang terlalu baik, biasanya datang dengan kos yang mahal

Ini adalah satu perkara yang sangat penting untuk kita fahami. Peserta-peserta dalam Squid Game ditawarkan satu ganjaran yang terlalu baik iaitu peluang untuk memenangi 45.6 billion won atau RM 158 juta seterusnya dapat mengubah kehidupan mereka. Walaubagaimanapun, deal yang terlalu baik ini datangan dengan kos yang mahal iaitu nyawa mereka.

Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita membuat sebarang keputusan terutamanya apabila deal tersebut “too good to be true” kerana ianya selalunya diikuti dengan kos yang sangat mahal untuk dibayar.

Kesimpulannya, kita boleh mengambil pengajaran dari siri Squid Game ini sebagai panduan hidup kita. Walaupun ianya agak keterlaluan bagi sesetengah bahagian cerita, ianya masih seronok untuk ditonton. Terus ikuti kami di FaizWahab.com untuk lebih banyak info kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *